LimGuan Eng semakin terdesak. Pembohongannya sudah tidak menjadi, bahkan semakin
banyak pula ulahnya yang terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering
dipertontonkannya, mula memakan diri, apatah lagi kes mahkamah melibatkan
rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedang menantinya juga memerlukan
perhatian khusus setelah 9 tahun dia berlagak seperti Maharaja Kecil Pulau
Pinang.
Selama
ini, Lim Guan Eng cukup garang. Pantang terdedah, dia akan menyaman. Bila dah
asyik kalah di mahkamah, dia bergantung pula kepada Tun Dr. Mahathir. Semasa
hayatnya dahulu, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sandaran dan
modalnya, sekarang Dr. Mahathir pula yang digunakan oleh Guan Eng untuk
menyelamatkan kerjaya politik dan kemewahan yang dikumpulnya selama 9 tahun.
Ditambah
pula dengan usaha giat pihak berkuasa memburu dan menyelongkar premis-premis
sindiket yang melanggar AMLA atau lebih tepat lagi skim cepat kaya, menjadikan
segala usaha dan latihan yang diterima untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah
negara idaman sekular sosialis chauvinist yang terasnya adalah DAP, mungkin
tidak akan menjadi kenyataan.
Laporan
kepada SPRM oleh Datuk Huan Chen Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia
berhubung penjualan tanah kerajaan di Lebuhraya Peel kepada sebuah syarikat
dari Singapura bagi pembinaan hospital mewah yang sudah tentu bukan untuk
rakyat, tanpa melalui proses sewajarnya dan pada harga yang sangat rendah,
membungkamkan Lim Guan Eng.
Begitujuga dengan pendedahan tentang Pulau Pinang yang sudah tidak ada wang sehingga
memaksa mereka untuk meminjam dari bank luar negara dan kemudian cubaan menutup
isu tersebut dengan MERASUAH BONUS kepada penjawat awam negeri sambil
berbangga-bangga kononnya pemberian bonus tersebut adalah hasil daripada
kecekapan pengurusan negeri, masih tidak mampu menutup cerita sebenar tentang
kegilaan penjualan tanah dan ceteknya otak Lim Guan Eng untuk menjana pendapatan
negeri dan rakyat selain daripada menjual tanah, laut, bukit bahkan air di
Pulau Pinang untuk membuat penyelesaian kewangan jangka pendek.
Namun,
dia sekurang-kurangnya mengakui peningkatan 500% perbelanjaan operasi secara
tahunan semenjak dia mengambilalih pentadbiran negeri. Alasan yang
diberikannya, peningkatan tersebut adalah perlu bagi memastikan semua projek
berjalan lancar.
Maka
bayangkanlah seandainya Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Abdul Razak
berbelanja 500% semenjak 2008 seperti Pulau Pinang dan memberikan alasan bahawa
peningkatan 500% itu adalah perlu bagi membolehkan semua projek berjalan
lancar, sudah pasti, Lim Guan Eng yang paling awal akan mengutuk menghentam,
mencerca dan memaki hamun Najib serta Kerajaan Persekutuan.
Yang
tidak pernah diberitahu ialah, dari mana dia memperolehi perolehan bagi
mendapatkan surplus berbanding meningkatkan 500% dalam perbelanjaan?
Adakah
wang tersebut datangnya daripada Kerajaan Persekutuan? Atau peningkatan cukai
yang dikenakan ke atas rakyat Pulau Pinang? Atau penjualan aset-aset Pulau
Pinang sehingga tidak tinggal suatu apa pun sehingga akhirnya terpaksa meminjam
dari bank asing semata-mata untuk membayar gaji dan bermegah-megah?
Selepas
Lebuhraya Peel yang bernilai RM156 juta, kini terdedah lagi tentang penjualan tanah
dan hak ke atas tanah tanpa tender terbuka oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau
Pinang melibatkan 36.53 ekar tanah dan tanah tambah bagi projek Queens
Waterfront yang teletak berhampiran Queensbay Mall yang berhadapan dengan Pulau
Jerejak.
Queens
Waterfront merupakan sebuah projek yang dibangunkan oleh Ideal Property Group
yang secara keseluruhan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.15 bilion.
Pemaju
mengatakan, projek pegangan bebas itu terletak di tapak seluas 36.53 ekar yang
mana 24.79 ekar adalah tanah tambak. (RUJUK SINI)
Dengan
menggunakan harga jualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara pada tahun
2011, yang juga merupakan kombinasi tanah sedia ada yang hanya berharga RM240
sekaki persegi, nilai harga bagi 36.53 ekar sepatutnya RM382 juta.
Tiada
sebarang pengisytiharan kepada awam tentang urusniaga tanah berkenaan apatah
lagi tender terbuka sekaligus menimbulkan tandatanya adakah DAP Pulau Pinang
menjual satu lagi aset negeri berharga RM382 juta tanpa melalui tender terbuka
kepada Ideal Property?
Sekiranya
benar, apakah tukaran untuk menjustifikasikan urusniaga langsung itu? Pembinaan
lebih banyak kondo mewah?
Penjualan
49% saham di Tropical Island Resort Sdn.
Bhd (TIRSB) oleh PDC Pulau Pinang pada harga RM156 juta yang memiliki 80 ekar
tanah di Pulau Jerejak kepada Ideal Property Group turut menimbulkan
tandatanya.
Jualan
tersebut telah dilakukan tahun lepas. Syarikat berkenaan memiliki 80 ekar tanah
di Jerejak. Dengan 49% pegangan bagi nilai RM156 juta, Ideal secara efektifnya
telah membeli 39.2 ekar tanah pada harga hanya RM40 sekaki persegi.
Adakah
jualan 49% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi open terbuka? Adakah
pembida lain?
Ideal
Property Group juga adalah pemegang 20% kepentingan dalam Projek Penang
Transport Masterplan yang membabitkan penebusan tanah seluas 4,500 ekar diselatan Pulau Pinang, lebih luas dari Melaka Gateway dan Projek Forest City
seandainya kedua-duanya digabungkan.
Berapa
banyak projek tanah lain yang telah dijual oleh DAP Pulau Pinang tanpa
pengetahuan dan tanpa melalui tender terbuka?
No comments :
Post a Comment