Pendedahan demi pendedahan termasuk the saviour mendedahkan bahawa Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penjualan tanah di Peel Avenue Pulau Pinang kepada syarikat dari Singapura pada harga rendah memandangkan kesemua entiti yang terlibat dalam kelulusan tersebut, diketuai oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu berkungtau sakan.
Katanya, bukan dia seorang sahaja yang memberikan kelulusan. Namun, dia tidak menjawab apabila pendedahan dibuat, dari jawatan Exco berkaitan sehinggalah kepala GLC yang terlibat, hanya namanya sahaja boleh ditemui.
Siapa lagi yang lebih tamak dan haloba selain daripada Lim Guan Eng.
Dengan 16 jawatan yang dipegangnya sekarang, Lim Guan Eng bukan sahaja seorang gila kuasa, tetapi dia sebenarnya mengamalkan cara pemerintahan kuku besi dan 'totalitarian'. Sekali imbas, dia mahu memegang semua jawatan yang ada dan berkuasa membuat semua keputusan tanpa dicabar oleh sesiapa pun. Ciri-ciri jelas yang terdapat pada seorang diktator.
Justeru, tidak hairanlah mengapa tanah di Pulau Pinang, habis dijualnya!
Walaupun di atas kertas, DAP berkongsi kuasa dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang. Hakikatnya, semua jawatan di Pulau Pinang, dibolot habis oleh DAP. PKR pula sekadar menjadi tukang angguk. PAN pula hanyalah badut yang akan mengiakan dan membela apa-apa sahaja yang dibuat oleh DAP dan Lim Guan Eng.
Selain menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menguasai 16 jawatan lain di Pulau Pinang melibatkan pentadbiran negeri, pengerusi di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan politik.
Daripada 16 jawatan, 12 daripadanya adalah jawatan di syarikat GLC. Empat pula adalah dalam bidang politik iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, ADUN Air Putih dan Ahli Parlimen Bagan.
12 jawatan dalam syarikat-syarikat GLC yang dikuasainya adalah Pengerusi di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn. Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn. Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Invest-In Pulau Pinang.
Terbaru, Guan Eng juga melantik dirinya sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Agak-agaknya apa lagi jawatan yang akan disapu untuk kocek dan temboloknya sendiri selepas ini?
Tidak menghairankan apabila banyak pihak terutama Parti GERAKAN Pulau Pinang menempelak sikap tamak jawatan Guan Eng dan mempersoalkan keberkesanannya mengendalikan kesemua jawatan tersebut dengan baik dan berkesan. Satu-satunya yang memperlihatkan kecekapan Lim Guan Eng adalah menjual segala tanah Kerajaan Negeri kepada pihak asing. Bukannya menarik pelaburan tetapi menjual aset tersebut. Bukan dalam bentuk strata seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti di Forest City, Johor, tetapi status tanah itu sendiri!
Banyak penyelewengan tanah yang berlaku. Sekurang-kurangnya 25 perkampungan Melayu hilang dari peta Pulau Pinang. Nelayan juga didiskriminasi dan seolah-olah mahu dihapuskan dari bumi Pulau Pinang. Bukit bukau habis digondol dan rasuah semakin teruk di Pulau Pinang.
Tanah digadai dan dijual. Salah guna kuasa berlaku apabila seseorang pemimpin memegang terlalu banyak jawatan penting. Dan itulah yang berlaku apabila Lim Guan Eng atas nama Ketua Menteri didakwa di mahkamah kerana kes rasuah banglo dan penyelewengan penjualan tanah. Tanah untuk perumahan murah rakyat di Taman Manggis juga, telah dijualnya. Pembinaan rumah Prima cuba dihalang dengan alasan, tanah yang dijual oleh PERDA kepada agensi kerajaan persekutuan untuk membina rumah-rumah PRIMA, sangat rendah. Hasilnya, TIADA SEBUAH rumah murah dan mampu milik pun yang dibina oleh Kerajaan Lim Guan Eng berbanding rumah-rumah mewah yang bukan untuk rakyat Pulau Pinang!
Seharusnya, dengan jawatan yang sebegitu banyak, 33 janji DAP dalam Manifesto 'Just Change' pada 2008 dapat ditunaikan dengan mudah. Namun, sebaliknya pula berlaku. Janji DAP kepada para pengundi mereka, langsung tidak ditunaikan. Contohnya, tol Sungai Nyiur yang kononnya akan dihapuskan, bukan sahaja gagal dihapuskan, bahkan kadarnya dinaikkan.
51 buah projek yang dirancang dan dicanang-canang, juga gagal. Sebagai contoh, pembinaan projek terowong dasar laut yang telah menelan kerugian ratusan juta ringgit dan kegagalan Guan Eng mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang. Ironinya, puncak Bukit Bendera pun boleh diserang banjir pada zaman DAP ini!
Satu lagi contoh yang amat kelakar tetapi jelas membuktikan kegagalan Lim Guan Eng adalah projek KOMTAR. Bangunan KOMTAR sendiri pun tidak ada sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Isu Projek KOMTAR melibatkan kos beratus juta ringgit tetapi akhirnya tiada sijil CCC.
Pada 14 November 2014, Guan Eng dengan bangganya mengumumkan Only World Group Holdings Berhad (OWG) akan melaksanakan projek pengubahsuaian dan penaiktarafan KOMTAR. Anak syarikat OWG, Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) melaksakan kerja-kerja itu dengan kos RM40 juta.
Kesudahannya selepas habis beratus juta ringgit, sijil CCC tiada. Samalah seperti projek terowong dasar laut. Selepas membayar menggunakan wang cukai rakyat Pulau Pinang berjumlah RM305 juta, akhirnya yang dikatakan siap hanyalah laporan kebolehlaksanaan. Apabila kecoh-kecoh, projek terowong bertukar menjadi jambatan ketiga. Apabila Kementerian Kerja Raya meminta kertas laporan kebolehlaksanaan yang telah dibayar ratusan juta ringgit itu, Lim Guan Eng berkungtau dan berkungfu sambil laporan itu hanya akan siap 6 bulan lagi walaupun sebelum itu mengatakan, ianya telah siap. Tidak timbul lagi cerita terowong dasar laut dan pembayaran yang telah dibuat untuk kerja-kerja yang belum dibuat.
Maka tidak hairanlah mengapa, liat sangat Lim Guan Eng hendak meletak jawatan sebaliknya mengupah beberapa orang Melayu termasuklah bekas pegawai TUDM yang dipecat, Haji Zaidi Haji Ahmad untuk berbohong dan membelit bagi pihaknya.
Susah kalau dibiarkan Ketua Menteri yang diketahui gila kuasa dan gila jawatan selain sudah pun terpalit dengan isu rasuah untuk mentadbir negeri!
No comments :
Post a Comment