Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 3, 2016

Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Selepas Isu Gabenor Bank Negara?


mahathir-remove


Mantik Tun Mahathir Mohamad kian aneh dan luar biasa. Hari ini beliau mendakwa beliau tidak pernah menukar mana-mana gabenor Bank Negara dan langkah membenarkan Perdana Menteri melantik gabneor Bank Negara akan menyebabkan bank pusat tersebut tidak lagi bebas.

Dalam temu bual dengan Bloomberg yang disiarkan hari ini dan dipetik oleh Malaysiakini.com, Mahathir dilaporkan berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik gabenor atas nasihat Perdana Menteri.
Menurut Mahathir lagi, pada hari beliau mahu melaksanakan kawalan mata wang, gabenor bank pusat dan timbalannya, ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.
Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang ‘ketiga’, iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor.
Memang benar Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak meletak jawatan mulai 1 September 1998. Sehari kemudian Timnbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.
Tapi bukankah aneh perletakan jawatan serentak dua orang kanan Bank Negara ini berlaku pada hari yang sama kerajaan melaksanakan kawalan modal dan matawang? Bukankah ini jelas campur tangan kerajaan dalam Bank Pusat yang Mahathir cuba nafikan?
Kita tidak menyatakan keputusan Mahathir salah atau tidak baik kepada negara.
Apa yang kita mahu tunjukkan ialah dakwaan bahawa kerajaan beliau tidak campur tangan dalam urusan Bank Negara adalah satu pembohongan terang-terangan.

Mahathir kata beliau tidak memecat Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Jadi mengapakah mereka meletak jawatan pada hari kerajaan mahu Bank Negara melaksanakan kawalan modal?
Pada zaman Mahathir adalah perkara biasa kita melihat pemegang jawatan besar meletak jawatan secara tiba-tiba apabila tidak mengikut kehendak Mahathir.
Mahathir tidak perlu memecat kerana politik “ugutan dan buka fail” sudah cukup menakutkan ramai orang berundur kecuali Tun Salleh Abbas, Anwar Ibrahim, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.
Mereka ini tidak tunduk kepada politik Mahathir dan Mahathir tiada pilihan terpaksa memecat. Enam Hakim kanan dipecat menggunakan tribunal, manakala Timbalan beliau dipecat menggunakan kuasa dan Majlis Tertinggi UMNO.
Pelantikan Gabenor Bank Negara dan Politik

Adalah sangat melucukan apabila Mahathir menyatakan beliau tidak masuk campur dalam pelantikan Gabenor bank Negara.
Mahathir tidak terus meminta perkenan Yang Dipertuan Agong melantik Penolong Gabenor, Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara. Sebaliknya beliau hanya memohon perkenan melantik sebagai pemangku bank Negara.
Beliau mencari seseorang “junior” yang boleh mengikut kehendak beliau di Bank Negara. Dengan melantik Zeti sebagai pemangku beliau memberi isyarat bahawa jika arahan dan keputusan beliau tidak dipatuhi, jawatan tersebut belum tentu milik Zeti.
Dalam temuramah hari juga Mahathir berkata, “Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang ‘ketiga’, iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor. Dan selepas itu, saya buat cadangan supaya beliau jadi gabenor. Saya tidak pecat mana-mana gabenor.”
Apakah Mahathir lupa bahawa beliau tidak melantik Zeti sebagai Gabenor?Sebaliknya, pada tahun tersebut beliau membawa masuk sekutu rapat Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman sebagai Gabenor Bank Negara pada 1998 sehingga 2000, manakala Zeti dilantik sebagai Timbalan sahaja.

Jadi di mana fakta bahawa Mahathir tidak masuk campur dalam urusan Bank Negara? Bukankah pelantikan Ali Abul Hassan ini sangat kontroversi kerana setahun sebelum itu Mahathir memebebaskan beliau dari tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana memiliki wang tunai sebanyak RM 100 ribu tanpa sumber yang sah?
Pelantikan Ali Abul Hassan sebagai Gabenor Bank Negara jelas sekali kroni Mahathir. Dan hari ini Mahathir ingin menimbulkan persepsi bahawa tindakan Kerajaan tidak menyambung kontrak Gabenor Bank Negara merupakan satu campur tangan kerajaan dalam Bank Pusat yang mustahil berlaku pada zamannya?
Oh Tun Mahathir, anda mudah lupa atau sengaja menipu fakta? Cukup-cukuplah memusnahkan legasi sendiri. Anak-anak Tun Mahathir, selamatkanlah maruah negarawan kita ini. Anda sahaja yang mampu melakukan

{Baca berita asal di sini}

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.