Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 22, 2016

SKANDAL BANGLO TERLAJAK MURAH : 2 LAGI HARTANAH MILIK GUAN ENG DAP DIDEDAHKAN !

Satu lagi kemusykilan aneh timbul apabila Lim Guan Eng cuba menjawab isu banglo diskaun di Jalan Pinhorn yang beliau beli pada 28hb Julai 2015 dengan harga hanya RM2.8 juta sahaja.


Menurut Dr MIM, difahamkan bahawa harga pasaran untuk banglo di kawasan prime Jalan Pinhorn ini pada tahun 2015 adalah lebih daripada RM4 juta. Terdapat 2 dokumen di bawah yang viral di dalam media sosial.

Lihat di bawah:



Yang amat mengejutkan ialah setelah beberapa kenyataan akhbar yang beliau keluarkan tentang skandal bungalow Diskaun ini, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng DAP membuat 'pengakuan' bahawa RM2.8 juta itu adalah nilai banglo itu pada tahun 2012 !

Dan setelah 3 tahun (2015), Lim Guan Eng telah membeli rumah itu dengan harga yang sama pada tahun 2012! Alasan beliau ialah berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.

Di manakah logik perniagaan apabila seseorang sanggup 'rugi' menjual rumahnya sendiri dan nilainya bukan seringgit atau seratus ringgit tetapi jutaan ringgit?


Yang lebih tidak masuk akal ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP yang seterusnya, 
Lim, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.
 
"Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan," katanya - seterusnya
Lim Guan Eng DAP bukan sahaja Ketua Menteri tetapi beliau memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah. Beliau juga seorang akauntan bertauliah.

Apa mungkin Lim Guan Eng DAP tidak tahu menahu atau ingin tahu tentang harga pasaran rumah apabila mahu membeli banglo mewah beliau itu? Di manakah rasionalnya alasan beliau itu?

Tambahan pula,
 pembelian aset hartanah bukan yang pertama oleh Lim Guan Eng! Dokumen deklarasi aset tahun 2012 menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP ini memiliki 2 rumah kedai di Melaka. 



Satu daripadanya adalah harta milik bersama Betty yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu. 

Dan ketika membeli 2 rumah kedai di Melaka, Guan Eng DAP pun tidak tahu atau ingin tahu nilai pasaran hartanah yang beliau beli itu?

Come on …… Lim Guan Eng.  

Realitinya, jawapan dan alasan yang diberi oleh LGE DAP bukan sahaja telah menjadi bahan jenaka tetapi telah menambahkan syak wasangka rakyat terhadap beliau.Kekalutan Setiausaha Agung DAP itu tampak sangat jelas dan semakin memakan diri sendiri.

Dan apa perlunya memanggil pihak media untuk melawat banglo kontroversi itu?


Untuk membuktikan No Swimming Pool?


Ironinya, 
kita juga tertanya-tanya, di manakah suara kepimpinan DAP tempatan negeri Pulau Pinang?

Kenapa mereka berdiam diri tidak mempertahankan boss mereka? 

Atau apakah benar seperti yang kedengaran sekarang iaitu mereka sebenarnya 
suka apabila integriti boss mereka teruk dipertikaikan seperti ini?  

Kita sedia maklum bahawa
 pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang gigit jari kerana hak mereka memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang telah dicabul. Apakah kali ini peluang terbaik mereka?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.