Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 4, 2016

FITNAH : "U-Turn" WSJ Tamparan Buat Mahathir!!!



Disebabkan WSJ, ramai yang percaya Najib mengambil RM2.6 bilion dan menyimpan dalam akaunnya – sama ada sapu semua atau ‘membeli’ pilihan raya umum 2013. Ramai juga yang mentertawakan Najib apabila beliau mengatakan kebanyakan wang tersebut telah dipulangkan dan beliau tidak mengambil keuntungan peribadi daripada wang tersebut.
Ramai juga yang tidak mempercayai Peguam Negara dan mentertawakan beliau dan mengatakan beliau berbohong tentang Najib telah memulangkan kebanyakan wang tersebut.

Tetapi akhirnya, WSJ sendiri yang juga mengakui dua hari lepas bahawa para ‘penyiasat’ bersetuju bahawa kebanyakan wang tersebut telah dipulangkan – walaupun setelah berbulan-bulan WSJ tidak pernah memberitahu kita bahawa wang tersebut telah dipulangkan.

Jadi, siapa yang anda mahu percaya sekarang? Najib, WSJ, AG atau Mahathir?

Siapa yang sering menukar cerita? Najib dan AG atau WSJ dan Mahathir?

Jadi, sekarang kita ada seseorang yang ‘sapu’ duit tetapi kini telah memulangkan duit yang ‘disapu’ itu?

Najib memang tidak pandai dalam urusan ‘korup’ seperti ini, bukan? Asyik memulangkan berbilion ringgit yang beliau sepatutnya boleh ‘sapu’.


Penyiasat-penyiasat di dua buah negara lain yang bersetuju bahawa kebanyakan daripada AS$681 juta telah dipulangkan, dan percaya wang tersebut datang daripada sebuah dana pembangunan Malaysia yang digelar 1MDB, yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, menurut orang yang biasa dengan penyiasatan tersebut.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.