Apa hubungan ‘istiewa’ Lim Guan Eng dengan Miss
Phang Li Koon, pemilik asal rumah banglo di Jalan Pinhorn yang pada
mulanya disewa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan kemudiannya dibeli
beliau ?
Dalam
jawapan Guan Eng semalam berkaitan isu skandal rumah banglo di Jalan
Pinhorn, beliau menyifatkan kontrak pembelian banglo yang berharga
RM2.8 juta itu seumpama seperti ‘perkahwinan’ kerana kedua-dua
belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau
‘teman’ yang sesuai.
“Ini
adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual
berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual.
“Penjual
merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan
merupakan pemaju perumahan,” katanya kepada pemberita.
Isu
hubungan istimewa Guan Eng dengan Miss Phang, pemilik banglo di Jalan
Pinhorn itu pernah dibangkitkan laman Stop The Lies pada
tahun 2012.
“Rakyat
mesti tertanya-tanya kenapa Guan Eng melindungi wanita itu (Miss P)
dengan begitu hebat. Menurut sumber DAP, pemimpin yang dihormati itu
(Guan Eng) marah apabila sumber maklumat The Star itu diperolehi
daripada anggota exco negeri Phee Boon Poh yang juga merupakan sepupu
kepada wanita itu (Miss P). Keesokan harinya, The Star berlari-lari
membetulkan laporannya..
“Wanita
itu (Miss P), diberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu
rumah sebelum pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, wanita itu
menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri. kini orang
mula tertanya-tanya sama ada wanita itu adalah “teman wanita”
Guan Eng selepas dia mengeksploitasi Xiao Hong aka Rainbow.
“Guan
Eng perlu memberitahu orang ramai mengapa wanita itu (Miss P)
mempunyai begitu banyak wang untuk membeli sebuah banglo mewah dan
mempunyai usahasama perniagaan dengan seorang ahli perniagaan Sabah
dalam masa beberapa bulan selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri.
“Dia
(Guan Eng) juga tidak menjawab mengapa wanita itu (Miss P)
menghabiskan begitu banyak wang untuk mengubahsuai banglo sebelum
memberi sewa kepadanya kira-kira RM 7,000 sebulan! Sehingga kini,
Guan Eng tidak berani menunjukkan kontrak sewa rumah banglonya,”
dedahnya.
Stop
The Lies membuat pendedahan itu sebagai mengulas tindakan Guan Eng
menyerang wartawan The Star, Joceline Tan selepas pendedahannya
berkaitan dengan seorang wanita bernama Miss P dan kaitan dengan
projek tanah di Taman Manggis.
“Wartawan
The Star, Joceline Tan mendapati dirinya sasaran LGE selepas dia
melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa wanita yang memiliki
banglo itu (Miss P) yang disewa sebagai kediaman Ketua Menteri Pulau
Pinang adalah isteri seorang pemegang saham dalam syarikat Kuala
Lumpur yang telah membeli tanah Taman Manggis.
“Kita
diberitahu bahawa dia (Guan Eng) telah menghantar e-mel memarahi
editor The Star dan mengancam untuk menyaman akhbar itu – walaupun
akhbar itu telah penjelasan dua kali dan telah menyatakan kekesalan
mereka.
“Rakyat
Pulau Pinang kini tertanya-tanya mengapa Guan Eng begitu emosi dan
memberi “perhatian khas” kepada wanita itu (Miss P). Sebaliknya,
wanita itu tidak bertindak balas walaupun kesilapan yang telah dibuat
oleh The Star.
“Mengapa
Ketua Menteri begitu marah dengan perkara itu? Ada yang berkata: Guan
Eng mungkin mempunyai hubungan “istimewa” dengan wanita itu,”kata
sumber
No comments :
Post a Comment