Dr
Mohd Puad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi UMNO membidas kenyataan
Mahfuz Omar yang mempertikai kenyataannya iaitu tindakan Tun Mahathir
mengadakan Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang ialah untuk memastikan
anaknya Mukriz menjadi Perdana Menteri setelah Najib berjaya
dijatuhkan.
Dakwa
Mahfuz lagi, takkan Puad bangang sangat sampai tidak tahu syarat
untuk menjadi PM seseorang itu mestilah ahli Parlimen sedangkan
Mukriz hanyalah seorang ADUN. Menurut Mahfuz lagi kalau pun hendak
serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya
mengeluarkan kenyataan yang membengong dirinya sendiri.
Jawab
Puad, Mahfuz lupa dalam politik tiada yg mustahil, seperti tidak
mustahilnya Mahfuz mempertahankan DAP yang anti Hudud sehingga
sanggup menghina Presiden PAS yg dia masih menjadi ahlinya. Mahfuz
juga lupa pada dirinya sendiri yg kini berkata Hudud bukan keutamaan
dan menjadi pengemis di sana sini sama ada mahu memilih PAN, PAS dan
kini menumpang Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.
Menurut
Puad lagi Mahfuz gagal membaca perkara taktikal dlm kenyataannya itu,
iaitu tindak tanduk Mahathir termasuk Deklarasi Mahathir-Lim Kit
Siang adalah untuk dijadikan sebagai bargaining power menekan Najib
supaya memberi laluan mudah kepada Mukriz agar akhirnya nanti menjadi
PM.
Sebelum
keluar UMNO, Mahathir amat kecewa kerana Najib gagal membantu Mukriz
menang jawatan Naib Presiden dlm pemilihan parti 2013. Justeru
mulalah Mahathir membuat kerenah menganggu pentadbiran Najib
supaya Najib ikut telunjuknya bagi memastikan agenda Mukriz menjadi
PM tercapai. Kemarahan Mahathir terhadap Najib memuncak apabila Zahid
dilantik menjadi TPM kerana itu dianggap semakin menyulitkan agenda
Mahathir dan Mukriz . Sebagai tindak balas Mahathir keluar UMNO dan
mempelopori Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang sebagai bargaining power
agar Najib reconcile balik dengan beliau untuk pastikan di masa akan
datang Mukriz akhirnya jadi PM. Itu yg Mahfuz tidak faham. Maka tidak
timbul isu Mukriz seorang ADUN dan bukan ahli Parlimen. Itu bukan
penghalang dan mungkin Mahfuz terlupa beberapa peristiwa yang dia
sendiri terlibat kerana ia amat berkaitan.
Contohnya
Wan Azizah sanggup kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi
memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil
kononnya untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan 16 September.
Dalam
satu lagi kes, ADUN Kajang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan
pula kepada Wan Azizah bertanding kononnya untuk menjadi Menteri
Besar Selangor.
Justeru
kalau mereka sanggup menandatangani Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang,
tidak mustahil DAP sanggup kosongkan satu daripada kerusinya dan bagi
laluan kepada Mukriz bertanding seperti mana yang dilakukan oleh PKR
di Kajang.
Dan
tidak mustahil juga Mahfuz sendiri sanggup mengosongkan kerusi
Parlimen Pokok Sena dan bagi laluan kepada Mukriz bertanding di sana.
Mungkin Mahfuz boleh membalas jasa baik Mukriz yang dikatakan telah
memberinya berberapa kontrak di Kedah. Sebab itu Mahfuz muncul di
beberapa perhimpunan mempertahankan Mukriz sebagai MB.
Ingatan
Puad pada Mahfuz, dalam politik tiada yang mustahil. Dan itulah yang
diamalkan oleh Mahfuz selama ini.
No comments :
Post a Comment