Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 17, 2016

Cassandra Chung Ikon Baru Pakatan Harapan Selepas Syed Saddiq



Pakatan Harapan mempunyai ikon remaja terbaru selepas memperkenalkan beberapa ikon mereka sebelum ini seperti Rara, Dyana Sofea, Syed 'Palladium' Saddiq dan yang terbaru Cassandra Chung Li Hooi. Cassandra Chung mula dikenali ramai sejak 09/03/2016 apabila beliau membuat tindakan politik murahan membuat petisyen untuk untuk menurunkan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di sudut Kings Meadow di Nottingham University.


Untuk rekod, Nottingham University begitu berbangga memiliki bekas pelajarnya yang menjadi Perdana Menteri di sesebuah negara. Gambar DS Najib Tun Razak diletakkan sebaris dengan alumni lain yang turut mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.

Setakat hari ini, menurut blog CTS petisyen berkenaan gagal mendapat sambutan. Malah jumlah 2,000 tandatangan yang dibuat dalam laman media sosial boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ianya diviralkan menerusi Facebook Sarawak Report dan mendapat liputan hanya daripada medium pembangkang Malaysiakini.

Cassandra Chung sudah terbukti aktif sebagai aktivis pembangkang bila menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur dan pernah cuba memalukan Perdana Menteri dalam satu lawatan ke London pada tahun 2014. Malah beberapa foto beliau memperlihatkan hubungan rapat Cassandra Chung dengan beberapa orang pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar, menunjukkan konspirasi terancang pembangkang untuk menjatuhkan DS Najib Tun Razak?







No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.