Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 20, 2013

Surat Kelulusan Bible Bahasa Melayu Oleh Najib Adalah Palsu!!


Surat Kelulusan Bible Bahasa Melayu Oleh Najib Adalah Palsu!!




Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian  disertakan  dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka  sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan  dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…



Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia  unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya  unit PEMANDU itu?,

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya  pada 16 September, 2009 yang  merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan   Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa  ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia.


Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Manakala kecacatan yang lain ialah  tulisan tangan ‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan ‘Dear Bishop Ng,’ yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan ‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.

Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…


CONTOH


Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan  satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan  mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri. 

by megat panjialam  20/01/2013 

11 comments :

SANISAH SALAMUN said...

Salam hormat moga berkat

Bukankah fitnah itu haram? dosa membunuh pun masih dianggap kecil berbanding fitnah. Betapa bahayanya kesan fitnah, jadi sebelum percaya, teliti dahulu.Kita tidak boleh sewenangnya buat andaian.
Terima kasih.
- Puteri Ratna SARI

Anonymous said...

Adakah kelulusan bible dlm bahasa malayu di sabah sarawak bkn kelulusan kerajaan persekutuan umno bn jgk?udah la umno bn..kamu la puak penjilat yg sebenarnya..

Anonymous said...

Kelulusan bible di sabah sarawak BUKAN diluluskan oleh UMNO.... Tetapi kebenaranny diluluskan oleh mahkamah yg mengadili perbicaraan terhadap tuntutan pihak GEREJA supaya penggunaan dibenarkan di sabah dan sarawak... Perkara ini juga dipersetujui oleh Khalid samad...
Sementara Lim Guang Eng berusaha agar kalimah ALLAH digunakan di semenanjung... Persoalanny, jika wujud surat kebenaran dr PutraJaya, mengapa Lim Guang Eng perlu bersusah payah berusaha agar kalimah Allah di zatkan sebagai trinitty di semenanjung?
Namun begitu keputusan hakim tersebut telah dicabar oleh JAKIM, dan telah dibawa ke Mahkamah rayuan, sehingga sekarang keputusan rayuan tersebut belum diwartakan.
Dah faham politik putar belit dan fitnah PR?

Anonymous said...

Salam... Artikel yang bagus... Tapi lagi bagus kalau artikel yang dicopy dari blog org lain x diubah kandungannya... Tinggalkan kredit dari mana sumber ini diperolehi... Tak salah copy... Tapi jangan sampai plagiat... Tinggalkan kredit dari mana sumber asal artikel ini... Harap maklum...

Anonymous said...

Bila masa pula ada bible dalam bahasa Melayu yang diluluskan oleh kerajaan UMNO di Sabah/Sarawak ni???

Yang benar-benar wujud bible berbahasa Indonesia di bawa masuk oleh pendatang/ pendakwah kristian Indonesia ke Sabah / Sarawak lama dulu ade la... jangan main serkap jarang je...!!!!!

Anonymous said...

PAS dan sifat fitnahnya memang tak boleh di pisahkan....

proactol reviews said...

Kalau btol la fitnah..ini tak sepatutnya berlaku...hmm,,dunia akhir zaman....

khairul said...

kalau fitnah, kenapa tak saman je?

Anonymous said...

Betul tu kalau fitnah saman je la. Atau takut pas keluarkan banyak lagi bukti lepas ni. Pkr tu suka keluar bukti last minit.

Anonymous said...

pkr memang x lekang nganfitnahhhh

Anonymous said...

kalau fitnah kenapa tiada penafian rasmi daripada kerajaan

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.