Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 18, 2013


Pembetulan Fakta oleh Blogger Pisau Isu Tanah Ngeh Dan Ngah Di Kelantan 

download (50)Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan demi kebenaran.

Namun secara jelas Ngeh dan Nga mengakui secara terbuka telah mengambil alih Upayapadu S/B yang memiliki tanah  pajakan 10,526 ekar di Kelantan diatas persetujuan YIK yang dipengerusikan oleh Nik Aziz.

Penafian dan penjelasan Ngeh,Nga dan Nik Aziz telah dibuat, pejabat Menteri Besar sendiri telah menyerahkan dokumen kepada pihak SPRM dan ketika ini siasatan sedang dijalankan.
Pendedahan Pisau mengenai isu ini setelah diselidiki rupanya bukanlah isu baru sebaliknya pernah didedahkan oleh blog pro pakatan MediaPerak.net sejak Jun 2012. Bukan saja tanah di Kelantan sebaliknya MediaPerak.net mendedahkan lebih terperinci secara bersiri :klik sini

Kenapa ketika forum menjawap isu tanah PAS gagal sama sekali untuk menjawap 20 persoalan bagaimana tanah Kelantan boleh jatuh ke tangan orang luar.

1. Betulkah ini tanah Rizab melayu? Baca SINI
2. Kenapa PAS mengulang lagi kesalahan memberi tanah 300,000 kepada syarikat CIna Singapura pada tahun 1964? Baca SINI
3. Kenapa PAS cuba memusingkan dan menipu fakta mengatakan projek ini diberi kepada Upahdaya kerana diluluskan oleh Dato Awang Adek dan Dato Peter Chin sedangkan mereka hanya memberikan surat sokongan dan kuasa menukar nama dna meluluskan adalah kuasa kerajaan kelantan? Baca Utusan SINI
4. Dari sokongan Dato Awang Adek untuk usaha baik tak kira usaha UMNO atau PAS, mereka dapat wang RM16 juta pinjaman dari agensi kerajaan berhubung Forest. Kenapa tanah ini perlu dibuat secara usahasama sedangkan YIK dapat pinjaman dan hanya RM2 juta diguna. Iklan property agent kata hanya 1 juta? Baca SINI
5. Adakah wang pinjaman itu masih terus diberikan jika ianya telah diberikan kepada Ngeh dan Nga? Baca SINI
6. Kenapa nilai Upahdaya RM31 juta menurut dato Hamidah tapi nilai tanah RM36.8 juta? Baca SINI
7. Tunggakan bayaran Upahdaya pada YIK adalah RM5 juta untuk 2007-2012 dan Upahdaya bayar RM1.5 juta masa tukat nama kepada Ngeh. Bila balance nak dibayar?
8. Kenapa tak batalkan Upahday adan beri kontrak baru pada Ngeh dan Nga? Adakah seperti di sebutSINI, Tengku Wong pegang sementara dari 2008 hingga Ngeh dan Nga masuk Upahdaya sekarang?
9. Kenapa kadar pajakkan terlalu murah untuk hanya RM100 dan RM150 setahun?
10.  Menurut pelbagai pernilaian, harga tanah ini sekurang-kurangnya RM30 juta. Salah satu iklan SINImeletakkan lebih RM35 juta. Bagimana Ngeh membayarnya kepada Upahdaya? Ini satu jumlah yang banyak Baca SINI 
11. Kenapa pelbagai keprluan rakyat tak dibuat tapi boleh beri tanah untuk dipajak Cina murah-murah dan lama-lama. Kenapa tak diberi pelung ini kepada rakyat Kelantan atau orang Melayu? Baca SINI
12. Kenapa syarikat Upahdaya kepunyaan Tengku Wong (empunya asal) diberikan projek pada tahun 2007sedang dia gagal selesaikan projek pada kali pertama tahun 2000 dan ditarik balik pada 2004? Baca SINI
13. Mengapa Ngeh mula menafikan, dan kemudian mengaku terlibat dalam Upahdaya dan mengugut Dato Hamidah kerana mendedahkan serta Thomas Su melarang ADUN-ADUn DAP pertahan Nga dan Ngeh dalam sidang?
14. Jelaskan kenapa Karpal menegur ahli politik Dap mengelakkan dari transaksi yang akan menimbulkan syak [baca Agendadaily SINI] dan survey DAP mengesyaki ada berlaku skandal? BacaSINI
15. Kenapa SUA kata projek ladang Yayasan Islam Kelantan untuk pajakkan 50 tahun tapi iklan property agent tulis 70 tahun? Mana satu betul.
16. Ngeh kata ini untuk tanaman semula balak [baca Sg Rapat Online SINI] tapi SUA kata untuk tanam ladang kelapa sawit dan getah klon?
17. Kenapa Ngeh perlu bayar RM1.5 juta kepada YIK untuk beli syarikat Upahdaya? Baca SINI
18. Kenapa projek pembukaan ladang diberikan kepada Upahdaya kepada sebuah syarikat baru setahun yang tidak ada merit dan track record. Baca SINI.
19. Apa helah Ngeh untuk kata tanam semula balak dan bukan seperti yang dijanjikan sebagai getah dan kelapa sawit?
20. DAP Chong Chien Jen pernah menuduh syarikat balak mendapat keuntungan pulohan juta dari membalak tanah hutan 3,000 ha. Baca Apanama SINI. Kalau 4,000 hectar, berapa banyak? Angaran konservatif dari Akar Umbi SINI
Berapa banyak YIK dapat dari balak dengan Tengku Wong dari tahun 2000???
Kronoloji dari Unspinner adalah berikut:
Dis 2000 - YIK tawarkan Projek Usahasama dengan sebuah syarikat Tengku Wong
18 Ogos 2004 -  YIK tarikbalik tawaran ladang hutan
28 Ogos 2005 - YIK tawar pada Upahdaya sebuah syarikat Tengku Wong juga
12 Okt 2005 - Surat tiada halangan Peter Chin
4 Jan 2006 - Surat sokongan Dato Awang Adek
3 Mei 2006 - Tandatangani perjanjian dengan Upahdaya untuk pajakan tanam getah klon dan kelapa sawit.
2007 - Upahdaya dapat pinjaman FPD RM16.2 juta
Mei 2012 -  Ngeh ambilalih Upahdaya dari tengku Wong
4 Jun 2012 - Upahdaya memohon sambungan pinjaman FPD
Berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco.
Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri!Jika betul ia untuk komersial kenapa tak diberi kepada anak tempatan atau anak syarikat milik kerajaan negeri?
Pisau kata “Fakta diperbetulkan…Tapi rakyat Kelantan tetap tak dapat tanah..kenapa? ”

SUMBER : Pisau.net

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.