Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 15, 2013


AnWAR & PHILEO ALLIED BANK



1. Phileo Allied Bank amat berkait rapat dengan AnWAR. Tulisan blogger x-files tentang laporan kehilangan wang tunai berjumlah RM4 juta di rumahnya sendiri menimbulkan banyak syak wasangka. Dakwaan Datuk Nallakarupan tentang banyaknya wang yang dimiliki oleh bekas teman rapatnya itu juga mengundang seribu pertanyaan.

2. Phileo Allied Bank ditubuhkan tahun 1995/96 ketika AnWAR menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Melalui ‘contact person’ AnWAR di Bank Negara, Datuk Murad Khalid, (Penolong Gabenor), beliau telah memulakan segala proses penubuhan sebuah Bank Perdagangan baru di Malaysia dengan AnWAR meluluskan lesennya.

3. AnWAR melalui Murad telah meletak sahabat baik mereka Tong Kooi Ong sebagai orang yang paling berkuasa di Phileo Allied Bank. Phileo sering mendapat keutamaan dalam mengembangkan sayap perniagaan seperti penubuhan Phileo Allied Options & Financial Futures Sdn.Bhd, Phileo Allied Asset Management S/B dan Phileo Allied Unit Trust Management kerana AnWAR yang meluluskan lesennya selaku Menteri Kewangan.

4. Bermula sebagai pemaju hartanah dan syarikat kewangan, Kumpulan Phileo berkembang sedari 6 Julai 1994, Phileo Bhd. melabur untuk menubuhkan Phileo Allied Bank dengan modal permulaan RM733 juta. Phileo Allied Securities menyumbang RM230 juta dan Phileo Allied Finance melabur sebanyak RM22 juta. Jumlah awal RM1 billion menyaksikan Phileo Allied bank tertubuh dengan rasminya tahun 1995/96.

5. AnWAR, Murad dan Tong amat berpengaruh menentukan halatuju Phileo Bank. Bagi mengaburi mata umum, Tong mengambil seorang anak muda melayu yang pintar, En. Zulkefli Sulaiman sebagai Pengurus Besar dengan dibantu En. Nazari Ahmad sebagai penggerak Phileo Bank. Namun segala keputusan penting, dasar dan halatuju bank tetap ditentukan oleh Tong Kooi Ong atas nasihat AnWAR dan Murad.

6. Phileo Allied berjaya muncul sebagai 10 bank paling berjaya selepas tiga tahun penubuhannya atas segala insentif yang diberi AnWAR selaku Menteri Kewangan ketika itu. Segala kepentingan kewangan AnWAR diletakkan di Phileo Allied Bank dengan seliaan Tong. Urusan kewangan dengan agensi-agensi luar juga melalui Phileo Bank. Kebanyakan staf di Phileo bank tahu AnWAR dan Murad punya kepentingan di sana.

7. Azmin juga memperolehi banyak manfaat dari Phileo Bank. Isterinya bekerja di sana dengan gaji RM25,000 + elaun yang menjumlahkannya hampir RM30,000. Shamsidar juga mendapat keistimewaan kereta pejabat berjenama Audi yang mewah serta pemandu peribadi. Shamsidar hanya berjawatan Eksekutif Hal-Ehwal Koporat dan menikmati pelbagai kemudahan Phileo Bank sedangkan Pengurus Besar tidak mendapat kereta pejabat berjenama Audi!

8. Hampir kesemua pegawai di pejabat AnWAR d JPM dan Kementerian Kewangan mendapat kemudahan ‘handphone’ pejabat sedangkan bilnya dibayar melalui Phileo Bank. Bekas staf AnWAR pernah mendedahkan hal ini. Syarat untuk mendapatkan h/p ini haruslah sebulu dengan Azmin. Jika diluluskan oleh Azmin, barulah pihak Tong dan Murad akan berurusan mendapat h/p dan selebihnya ditanggung beres! (tahun 1994-98, h/p masih dianggap benda mewah).


AnWAR amat berkuasa dan memanipulasi keadaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Beliau menggambarkan dirinya kuat menolak rasuah, sedangkan dirinya yang bergelumang dengan rasuah! Beliau memprojekkan dirinya pejuang rakyat sedangkan beliaulah yang paling banyak merompak harta rakyat! Hingga kini beliau masih terus-terusan hidup dengan cara begitu. Sebilangan ahli PKR tahu bagaimana AnWAR mengurus dana yang diperolehi atas nama sumbangan untuk kepentingan dirinya, namun tidak cukup kuat untuk membongkarnya.

Kita mengharapkan mereka yang punya maklumat terus tampil mendedahkan penyelewengan dan kerja rasuah AnWAR ini. Bekas staf Phileo Allied Bank amat dialu-alukan untuk tampil dengan fakta konkrit mendedahkan AnWAR adalah manusia perasuah nombor satu Malaysia.....

Baca selanjutnya : http://www.anwaraidc.com/?p=5017

Info : Sumber dan  AID News

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.