Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 31, 2013

Rakyat Singapura Bantu Draf Bajet Alternatif Pakatan ?


Di sebalik Bajet Alternatif dan DAP ‘serang’ Syed Mokhtar

BENARKAH Bajet Alternatif yang diuar-uarkan pakatan pembangkang itu adalah hasil buah tangan seorang bekas pegawai penyelidik di Pejabat Menteri Besar Selangor, iaitu Tricia Yeoh?
Jika benar, apakah kehebatan wanita ini sehingga diberi tanggungjawab menyusun bajet yang menjadi agenda pembangkang untuk merampas Putrajaya itu?

Menurut blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com), Tricia merupakan permata baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dibayar gaji RM18,000 sebulan sebagai pegawai penyelidik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini beliau digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat nasional.

Blog ini berkata, sesiapa yang melihat penyediaan bajet pakatan pembangkang kali ini dapat merasai perbezaan yang ketara kerana Anwar kini lebih menekankan agenda meruntuh dan membina semula beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh Barisan Nasional (BN) antaranya Petronas, selari dengan pemikiran Tricia yang dikatakan mempunyai pemikiran “sama rata".
Dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia - satu bab daripada bajet (mengenai perumahan) sebenarnya disediakan oleh orang lain. Tricia yang tidak faham sangat mengenai hartanah - telah subkontrak penyediaan bajet ini kepada seorang pegawai rendah undang-undang HDB (Lembaga Pembangunan Perumahan) Singapura. Anwar tidak ada modal lain kecuali menggunakan model HDB Singapura," katanya.

Ekoran itu, cadangan berkaitan perumahan dalam bajet pembangkang tidak berdasarkan realiti di Malaysia kerana ia menggunakan acuan Singapura yang tidak mempunyai negeri, tiada jawatan Menteri Besar dan Jadual 9 Perlembagaan yang meletakkan bidang kuasa tanah kepada kerajaan negeri.
Blog Kedahan 69-ers (kedahan69ers.com) berkata, kegilaan Tricia untuk menyamaratakan semua perkara menyebabkan timbulnya banyak kelemahan dalam Bajet Alternatif sedangkan soal kesamarataan ini adalah cerita basi dari zaman Stalin dan Karl Marx dahulu.
Justeru, menjadikan semuanya sama rata dan menganggap itulah konsep keadilan seperti yang cuba ditunjukkan oleh Tricia dalam bajet yang dibentangkan oleh Anwar (sebenarnya) sekadar satu pembohongan yang banyak dilakukan oleh Zionis, terutama dalam konsep perumahan yang turut dipanjangkan oleh Tricia," katanya.

Kata blog ini, Tricia banyak menulis tentang perumahan untuk rakyat walaupun kebanyakannya bermodelkan skim perumahan HDB Singapura tetapi beliau tidak mempunyai idea untuk mengatasi masalah rumah dan hartanah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang.

Di sebalik pendedahan penglibatan seorang wanita berbangsa Cina menyusun Bajet Alternatif, blog Gerakan Timur (gerakantimur.blogspot.com) pula membuat perbandingan antara bajet kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan Bajet Alternatif.

Katanya, tindakan pembangkang yang terus mempertikaikan bajet BN sebenarnya mahu mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat di samping mengalih pandangan terhadap bajet “tong kosong" mereka.

Katanya, jawapan yang diberi oleh pembangkang bahawa wujud percanggahan antara bajet alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.
DAP SERANG SYED MOKHTAR

TINDAKAN DAP yang ‘menyerang’ Syed Mokhtar Al-Bukhari sudah bermula sejak beberapa bulan lalu apabila tokoh korporat Melayu itu dikatakan bakal mengambil alih pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang. Serangan tersebut berterusan kini sehingga soal hutang yang dimiliki oleh Syed Mohktar pula dipersoalkan.

Ekoran itu, blog MyKMU (www.mykmu.net) mempersoalkan tindakan parti itu terutama Tony Pua yang terus mendesak kerajaan mendedahkan hutang tokoh korporat itu sedangkan tidak pula mempersoalkan hutang-hutang yang ditanggung oleh tokoh perniagaan bukan Melayu.
Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian? Mengapa Tony Pua mendesak akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?" katanya.
Katanya, serangan terhadap tokoh korporat Melayu itu dipercayai kerana DAP bimbang berhubung pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh ahli perniagaan Cina yang banyak menyalurkan dana untuk parti berkenaan.

Tindakan DAP yang menyerang Syed Mokhtar juga tidak disenangi blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com).

Katanya, langkah DAP yang secara menggila menyerang tokoh korporat itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa bagi orang Melayu baik kalangan Pas mahupun UMNO.

Katanya, kenapa DAP hanya mempersoalkan hutang Syed Mokhtar sedangkan kenyataannya hutang terbesar di kalangan korporat di negara ini ditanggung oleh tokoh perniagaan Cina.
“DAP bantai syarikat Melayu tapi syarikat Cina dia tak bising. Melayu dapat projek DAP balun. Cina dapat projek? Senyap? Apa punya game (permainan) politik ni?
Sebab itu ana kata, DAP ini masih belum hilang anti-Melayunya. Masih buat perangai lama. Suruh kita transform jadi parti yang terbuka tapi mereka masih lagi pegang politik zaman lama," katanya.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.