Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 15, 2013

Awasi Rangkaian Operasi Sulit Anwar


Rangkaian-rangkaian operasi Anwar yang dimaksudkan itu adalah Malaysiakini.com, SUARAM, Merdeka Center, MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections), CIJ (Center for Independent), SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) dan ODC (Open Dialogue Centre).


1. Portal yang cenderung memburukkan negara, Malaysiakini tajaan George Soros Manakala akhbar The Star secara jelas dikuasai oleh MCA! The Star telah berulangkali memainkan peranan yang boleh menyemarak api perkauman di negara ini. Betapa laporannya terang-terang menghina institusi raja atau menyokong pembangkang. Namun pernahkan kita dengar MCA menyatakan telah menegur atau memberi amaran kepada The Star?

2. Pemimpin UMNO tidak perlu terlalu 'apologetic' menangani isu ini. Utusan Malaysia yang dipunyai Utusan Melayu adalah benteng umat melayu islam di Malaysia. Tidak pernah akhbar lain seberani Utusan mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Utusan juga begitu teguh memperlihatkan mereka komited menyatakan kebenaran.

3.Serangan demi serangan ditujukan terhadap Utusan. AnWAR yang pernah 'menguasai' Utusan melalui Datuk Johan Jaafar kini menyerang Utusan apabila kehilangan 'kuasa' itu. PAS juga semakin mengikut rentak AnWAR. DAP tidak pernah seberani sekarang mempertikaikan Utusan, malahan mereka kini bersatu menganjur kempen memboikot Utusan.

4.Mereka ini marah kerana Utusan menyiarkan kebenaran tentang mereka. Bagi AnWAR, PKR, DAP dan PAS, kebenaran hanyalah untuk mereka sahaja, biarpun apa yang dilaporkan akhbar mereka itu tidak benar samasekali. Utusan menyiarkan berita dan gambar tentang perbicaraan kes liwat AnWAR mengikut transkrip perbicaraan mahkamah!

5. Apakah ini tidak betul? Utusan melaporkan agenda Malaysian Insider, Malaysiakini melanyak kepimpinan negara, apakah ini juga tidak benar? Jika tidak benar, ambillah tindakan undang-undang. Sebenarnya mereka marah apabila Utusan mendedahkan segala niat jahat mereka mahu menjahanamkan negara!

6. Utusan juga sering melaporkan kepincangan yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Penyelewengan Pos Malaysia, Sime Darby malahan kes salahlaku seorang menteri kanan juga dilaporkan di Utusan. Apakah ini tidak cukup adil bagi pembangkang? Seperti yang dikatakan tadi, pembangkang hanya marah kerana kebobrokan mereka didedahkan.

7. Bukannya mereka ikhlas menyatakan kebenaran. Dalam hal ini, Utusan Malaysia jauh lebih mulia dari pembangkang kerana telus dan bertanggungjawab serta tidak hipokrit. Utusan melaporkan kepincangan yang berlaku tanpa mengira status. Utusan juga sanggup menghadapi risiko undang-undang tentang apa yang telah mereka laporkan.

8. Maka itu, tidak perlulah kita semua terikut-ikut dengan rentak AnWAR. Biarlah PKR, DAP dan PAS sahaja yang menjadi 'pak turut' kepada ANWAR. Kita wajar mempertahankan Utusan bukan kerana ianya Utusan, tetapi kerana ia menyatakan kebenaran tentang musuh yang mahu menghancurkan dan sikap kita sendiri yang sering alpa..... 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.