Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 7, 2013

Rahsia Tun Mahathir Yang Anwar Ibrahim Cuba Sorokkan




Jom kongsikan artikel mantap dari CheWal (http://chewal.blogspot.com/2013/02/ketegasan-yang-membuatkan-negara-barat.html).

Ketegasan yang membuatkan Negara barat akur dan menghormati Malaysia.





1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.



2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.



3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.



4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.



5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.









6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.





Anwar Ibrahim cuba sorokkan rahsia ini? Kerana setiap kejayaan Tun Mahathir akan wujud cerita yang kononnya berkaitan dengan Anwar.

Bila Tun Mahathir berjaya mensyiarkan Islam melalui pembinaan UIAM, Anwar dan pengikutnya kata ianya jasa Anwar.

Begitu juga dengan kisah di atas. Anwar cuba tutup 'rahsia' tersebut kononnya tokoh penting dalam peristiwa tersebut adalah Khalid Ibrahim. Kalau benar Anwar dan Khalid begitu hebat dalam ekonomi, kenapa masa krisis kewangan lewat 90an (masa Anwar menjadi Menteri Kewangan), dia gagal mengurus krisis tersebut sehingga mahu meminjam dengan IMF?

Pendek kata, arkitek sebenar pembangunan dan pemodenan negara ini adalah Tun Mahathir. Anwar Ibrahim hanya menumpang tuah Tun. Tetapi bagaimana disebalik semua kejayaan Tun Mahathir, nama Anwar pula diagung-agungkan oleh pengikut-pengikutnya dan rakyat negara ketika itu sehingga timbul fahaman ANWARISME?

Rahsianya adalah pengindoktrinasian fahaman ANWARISME berlaku melalui BTN ketika itu. Pada tahun 1988, Anwar telah memasukkan pemimpin-pemimpin ABIM dalam BTN. Habis semua pengasas BTN dibuang terutamanya orang-orang Tun Abdullah  (Pak Lah) kerana Pak Lah yang mengasaskan BTN. Penghapusan etnik berlaku kepada pegawai dan penceramah BTN yang bukan ABIM dan bukan orang Anwar.




Dari tahun 1988 sehingga Anwar dipecat, pembaca boleh nilai sendiri sejauh mana pengindoktrinasian fahaman Anwarisme. Tidak hairanlah kenapa ramai pensyarah-pensyarah universiti mengagungkan Anwar kerana setiap pensyarah yang mahu melanjutkan pengajian di luar negara perlu melalui kursus BTN. Kalau pembaca tak percaya, Khalid Ibrahim sendiri pernah jadi penceramah BTN untuk membantu menerapkan fahaman tersebut.




Tak hairanlah bila Anwar Ibrahim dipecat, geng Anwar menuduh kerana BTN sebagai tempat pengindoktrinasian kerana itulah kerja geng-geng Anwar sebelum ni. Kalau masih tak percaya, pembaca boleh tengok betapa lancarnya Anwar Ibrahim menghafal lagu ANAK KECIL MAIN API. Dan kini, lagu yang dahulunya sering dinyanyikan oleh Anwar dan geng-geng ABIMnya dalam BTN, menjadi modal untuk Anwar menyerang BN.




Begitulah cerita si licik yang bercita-cita besar mahu jadi Perdana Menteri. Dia sanggup mengaku semua kerja orang lain sebagai kerjanya. Dia juga sanggup meracun pemikiran rakyat supaya mengagung-agungkan dirinya. Itu belum lagi cerita macam mana Anwar menggunakan rakan-rakannya dalam media arus perdana untuk menayangkan berita mengenainya mendahului berita mengenai Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu. 

*Ramai anak muda tidak tahu cerita mengenai BTN di zaman Anwar.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.