Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 21, 2013

SINGAPURA AKAN MENJAJAH MALAYSIA SEPET MENJADI RAJA


SERANGAN LUAR BIASA MEDIA SINGAPURA TERHADAP MALAYSIA : PRU 13 "TALIBARUT" SINGAPURA TIDAK BERTOPENG LAGI !


PENTING.....

(BUKTI CAMPURTANGAN MEDIA SINGAPURA DI SIARKAN DI BAWAH SEKALI )

samada anda intel dari angkatan tentera malaysia
samada anda intel dari bukit aman
ahli parlimen BN
ahli parlimen bebas
NGO
atau apa saja.

kita sudah memasuki fasa terakhir atau lebih tepat selekoh terakhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum yang ke 13.

pilihanraya ini bukan sahaja penting kepada kesemua parti, malah ia turut mendapat publisiti yang cukup meluas di kalangan negara dan orang di luar sana.

antara negara yang cukup berminat mengenai perihal , aksi, kejadian, kelakuan,rancangan politik di malaysia adalah STRAITS TIMES SINGAPURA (STS).

tiada menjadi masalah untuk kita menerima pandangan politik dari kacamata luar.

juga tidak menjadi salah untuk mereka melaporkan isu politik yang berlaku dalam malaysia.

namun yang menjadi persoalan besar admin blog gerakan anti pkr , bilamana STS kerap dan selalu menyiarkan pemberitaan yang cukup berat sebelah.

bukan sekadar berat sebelah, keinginan penulis dan editor mereka untuk cuba menyalakan api membakar sentimen anti kerajaan yang sah juga dilihat cukup mencurigakan.

STS memperlekehkan dasar ekonomi kerajaan.
STS memperlekehkan dasar pendidikan negara.
STS mempelopori dan mengagungkan demonstrasi ganas bersih.
STS mempropaganda kan kehebatan DAP.
STS menyebelahi puak yang menentang kerajaan malaysia.
STS menyebelahi agenda pluralisme agama yang diperjuangkan pakatan.
STS memperlekehkan dasar dan segala program ekonomi kerajaan.
STS cukup senang dengan agenda anti lynas.
STS memperlekehkan agenda reform najib.
STS mempertahankan keganasan perusuh bersih.
STS mempertahankan ambiga.

STS cuba clearkan imej DAP yang cukup tercalar di kalangan melayu.

STS memperlekehkan panel dalam insiden bersih.

STS melambangkan kerajaan malaysia sebagai zalim dan tidak demokratik.

STS belasah syarikat yang menguntungkan melayu.
STS memperjuangkan agenda DAP mengenai isu di sabah.

STS menganggap defection kepada pakatan sebagai kebangkitan rakyat ?

STS memperjuangkan agenda LGBT dan memperlekehkan kumpulan penentang.

STS memuji dasar pakatan dalam pelbagai polisi ( yang belum teruji).

STS memuji DAP dalam propaganda UBAH.
STS menyebelahi pejuang hak asasi melebihi dasar asas islam.

banyak lagi...

kaedah pemberitaan mereka cukup halus dan menghasut.

projektori imej pakatan yang teruk di mata rakyat malaysia, telah di touch up secara halus dalam gerakan mereka mahu melakukan damage control.

bersih itu ternyata ganas , namun ianya dianggap sebagai pengkayaan demokrasi yang wajar dilakukan oleh rakyat malaysia.

agenda pluralisme itu diangkat tinggi melebihi undang-undang agama ( terutamanya bila menyentuh bab islam )

program transformasi kerajaan yang semakin baik diperlekehkan secara halus akan bakal kegagalannya.

awal artikel yang memuji BN akhirnya akan disimpulkan dengan perkataan BUT !
APA MOTIF STS MENYERANG MALAYSIA ?
APA MOTIF STS MENYERANG ISLAM DI MALAYSIA ?

APA MOTIF STS MENYERANG SEGALA DASAR KERAJAAN ?

STS dilihat cukup teruja menyerang hinggakan dalam seminggu terdapat 2 hingga 4 artikel khas dikeluarkan  oleh sidang editor mereka.

apakah terdapat kolobrasi terancang di antara media utama singapura dan pembangkang dalam usaha dan cubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan ?

aku pernah diberitahu oleh rakan dalam pejabat umno , bahawa kerap kali seorang wartawan STS menelefon ketua wanita umno negeri bertanyakan mengenai progres dan pencapaian umno semasa dalam menjelangnya pru ke 13 !

dia akan bertanya mengenai status putih.
dia akan bertanya mengenai status kelabu.
dia akan bertanya mengenai kawasan hitam.

untuk apa sebuah media luar yang takde kena mengena dengan negara malaysia mahu tahu mengenai kawasan hitam, kelabu dan putih dari pihak umno ?

pada tahun 1998 di kala reformasi ganas berlaku di malaysia , lee kuan pew pernah mengeluarkan kenyataan bahawasanya kerajaan singapura tiada keinginan untuk mencampuri urusan politik dalaman malaysia.

2004 juga mereka senyap.

namun sejak 2008, mereka dilihat ligat dan tak sabar melihat kerajaan BN tumbang.

tiupan semangat telah dilakukan secara terbuka oleh lee kuan yew apabila hanya melawat negeri pakatan yang menang sahaja dalam rombongannya ke malaysia selepas 2008.

lee kuan yew datang ke perak.
lee kuan yew masuk pejabat LGE di komtar.
bukan sekadar melawat, singapura juga telah bertemu dengan saifudin nasution di saat prk bukit selambau berlangsung.

Foto di atas merakamkan perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.

Siapa Walter Chia ?

Walter Cia status rasminya adalah Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur. Berumur 35 tahun. Sebelum ini Walter adalah setiausaha akhbar kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapore dan dalam masa masa dia adalah pengumpul maklumat yang dibayar oleh CIA berkenaan dengan politik Malaysia.

Pada tahun 2003, Walter Chia mengatur perjumpaan aktivis PKR, termasuk Tian Chua, Khalid Jaafar, Wan Azizah, Azmin Ali dengan George Soros di Singapura.

pada 2009 mereka secara rasmi bertemu dengan wakil pembangkang.

kini tanpa rasa tertekan dan takut, singapura secara meluas dan melata melakukan serangan media tanpa henti dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan BN.

KEPADA MEDIA MALAYSIA, AHLI PARLIMEN BN/BEBAS, NGO DAN RAKYAT.

tun dr mahathir pernah mengajar great britain mengenai tatacara nak menghormati sebuah negara bernama malaysia.

projek buy british last telah membikinkan sebuah negara penjajah menggigil ketakutan dengan suara negara bernama malaysia.

hari ini singapura tanpa segan silu menyerang kerajaan SAH di malaysia.

SOALAN AKU ?

bagaimana anda nak mengajar singapura supaya jangan terlebih dalam masuk campur hal politik malaysia ?

cukup setakat ini.
harapan aku satu.

di harap pihak keselamatan seperti ATM dan bukit aman memahami maksud artikel ini.

nak harapkan menteri amaran, tak payahlah buang masa.

untuk memudahkan kerja pihak tuan, bloger gap menyenaraikan nama dibelakang akhbar STS .

jangan lupa pada carolyn hong,lester kong,salim osman,yong yen nie.

















No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.