Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 2, 2013

Syed Mokhtar beli China Automobile Parts...


Sabtu, Februari  2, 2013 




Puncak Semangat Sdn Bhd, syarikat yang mempunyai kaitan dengan taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dikatakan telah membeli saham dalam China Automobile Parts Holdings Ltd, yang menjadikan syarikat itu kini memiliki lebih daripada 10 peratus pegangan dalam pengeluar komponen casis automotif tersebut.

"Firma ekuiti swasta tersebut membeli saham syarikat berpangkalan di Wilayah Fujian yang baru disenaraikan itu menerusi pasaran terbuka," kata satu sumber yang enggan namanya didedahkan.

Ditanya mengenai rasional disebalik pembelian itu, sumber tersebut berkata: "Pada masa ini, tidak jelas sama ada Puncak Semangat membeli pegangan itu bagi pelaburan atau tujuan sinergi."

Syed Mokhtar, bukan tokoh asing dalam industri automotif kerana beliau memiliki syarikat automotif terbesar negara, DRB-Hicom Bhd.

DRB-Hicom merupakan satu daripada peserta utama dalam industri automotif di Malaysia, terlibat dalam keseluruhan rantaian ekosistem automotif bersepadu seperti pembuatan dan bekalan komponen automotif, pemasaran, pengedaran dan jualan motosikal dan kenderaan perdagangan, serta, pengedaran dan jualan kereta penumpang.

Sementara itu China Automobile, mengeluarkan alat-alat ganti bagi kenderaan perdagangan, terutamanya trak, daripada pusat pengeluaran tunggalnya di Wilayah Fujian.

Syarikat itu merupakan pakar dalam pembuatan komponen casis yang digunakan dalam kenderaan bagi mengangkut barangan.

Ia menjual lima kategori produk iaitu selak roda, gandar roda, pin keluli,u-selak dan sesendal rod kilas.

Ketika ini, sumber berkenaan berkata syarikat tersebut yang mempunyai tujuh paten berdaftar di China, tidak mempunyai pesaing langsung di negara itu.

Rangkaian produknya juga dibekalkan bagi pembaikan selepas pasaran, penyelenggaraan dan pengubahsuaian, dengan penekanan kepada menyediakan komponen yang digunakan dalam kenderaan berat.

Ketika ini, 65 peratus daripada jualannya dijana dari China manakala selebihnya dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Semalam, China Automobile, tawaran awam permulaan (IPO) pertama Malaysia tahun ini, merupakan saham untung utama dan kaunter paling cergas.

Harga sahamnya meningkat 44 sen kepada RM1.12 sebelum menutup dagangan pada 78 sen, naik 10 sen daripada harga IPO 68 sen, dengan 192 juta saham bertukar tangan.


 BERNAMA 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.