Mungkin ramai dari kalangan kita masih
belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara
Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan
orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang
difahami.
Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm
hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota
polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program
iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan
13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.
Pemeriksaan ke atas premis tersebut
dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang
Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIABT
MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun
murtad).
Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan
peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu
'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama
Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan
Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988
yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
Program tersebut dihadiri lebih kurang
80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam
(seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan
MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil
MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa
dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.
Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan
bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya.
Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris
(testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
SOPHIA (penganjur program)
mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian
sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program
tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).
Di dalam tentatif program tercatat
nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka
berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.
Turut terdapat di dalam program
tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai
sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di
dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan
Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.
Beberapa orang disyaki Melayu/islam
cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.
Pemeriksaan terhadap individu di dalam
dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan
"delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.
Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12
individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9
perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya
dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan
mereka yang turut membawa anak-anak kecil.
Apa yang ingin dipertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu
satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-
- Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?
- Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?
- Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?
- Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?
- Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?
- Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?
- Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?
- Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?
- Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan untuk menarik orang Islam menjadi Kristian?
- Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?
- Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?
- Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan ini. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. Janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah
Dari sumber
No comments :
Post a Comment