Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, February 19, 2013

Abang Besar Pakatan Berdehem,PAS Menikus




Setiap kali isu hudud dibangkitkan,PAS kelihat begitu berselera untuk bercakap isu ini.Bersahut sahutan aparat aparat ini kononnya akan melaksanakan hudud jika pakatan haprak memerintah negara.

Aspirasi yang diperjuangkan selama ini ada dolak dalik apabila berlakunya persengkokolan bersama ektrimis kristian DAP. PAS begitu mendambakan sokongan DAP hinggakan sanggup menadah diri untuk ditunggangi hinggakan mendapat status jalang politik apabila menghalalkan apa saja demi mencapai matlamat.


Kita semua tahu,sejak perkahwinan antara PAS dan DAP termeterai secara haram,Parti PAS semakin bongkak dan angkuh ,ditambah dengan peluang untuk mempergunakan Anwar walaupun menyedari beliau seorang peliwat peluang untuk memperguna dan dipergunakan tidak dilepaskan.


PAS punyai majoriti paling rendah memiliki kerusi di parlimen,DAP paling ramai dikalangan pakatan berbanding PKR.Maka status penguasa dan abang besar sejak dari PRU12 dipegang oleh DAP dan secara otomatik PAS adalah parti kasta paling rendah didalam pakatan.Dalam bahasa mudah menjadi paria kepada DAP.


Walaupun menyedari DAP tidak akan sama sekali menyokong perjuangan PAS,tetapi atas kesanggupan didatangi dari belakang,PAS sanggup berselingkoh atas dasar politik gampangan yang kita semua tahu menghalalkan cara.



Isu hudud bukanlah isu yang baru,sering kali kita mendengar pelbagai telahan dan dakwa dakwi untuk memperjelaskan perjuangan ini.

Saudara cucu tok wan ada menghuraikan mengapa PAS tidak melaksanakan Hudud dan PAS sendiri berbohong kepada penyokongnya.
Berikut adalah penjelasan dan kupasan tentang hukum hudud dan qisas Kelantan. Seharusnya mereka yang berbohong dan memanjangkan pendustaan tentang mengapa Hukum Hudud Kelantan tidak boleh digunapakai, perlu menjawab, mana AMENDMENT KALI KETIGA draf berkenaan dan mengapa sehingga sekarang, yang dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat dan UMNO, padahal PAS dan Nik Aziz yang tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan hudud dan qisas di Kelantan sendiri dengan mengenepikan pindaan rang undang-undang berkenaan.


KUPASAN HUKUM HUDUD KELANTAN
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara. Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya. Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.


selanjutnya :klik Sini


Ekstrimis PAS seperti wali selipar Nik Ajis dan aparat aparatnya hanya berani terhadap UMNO apabila bercakap soal hukum hudud.Tetapi atas dasar kasih keatas abang besar DAP,PAS sanggup mengadai Quran,nama Allah dan perjuangan mereka dan tidak berani mempersoalkan mengapa DAP anti kepada negara Islam.


PAS langsung tidak berani bercakap soal negara Islam,hak istimewa bumiputra dan maruah orang melayu ,kadang kadang salakan pemimpin PAS bagaikan dipukul dan disentap apabila DAP berdehem.Ketakutan maksima ini jelas menunjukkan jalang politik seperti PAS tidak punyai maruah dan ibarat anjing yang takut kepada tuannya.


Yang terbaru,Wali Selipar Nik Aziz pujaan PAS bagaikan diherdik oleh Lim Kit Siang apabila orang tua itu bercakap soal hudud dan negara Islam. PAS bagaikan menarik hand brake apabila Kit Siang dan Karpal menegaskan PAS tidak boleh sama sekali bercakap isu itu.
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR).Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.-MalaysiaInsider:klik sini


Apa yang PAS mampu buat hanyalah mengganguk tanda setuju dek kerana ditakuti boleh menderhaka kepada suaminya DAP.


Inilah yang dikatakan tidor satu bantal,mimpinya lain lain. Kalangan PAS tidak ada seekor pun yang sanggup menyatakan bantahan terhadap DAP . Yang kita lihat episod demi episod lucah selingkohan DAP dan PAS bagaikan kes Peterporn. Aksi jilat menjilat PAS terhadap DAP tidak berkesudahan.


Ditambah dengan isu yang sedang panas ketika ini apabila seorang totok PAS sanggup mendoakan keselamatan terhadap Guan Eng hanya kerana beliau seorang abang besar didalam pakatan.Walaupun menyedari kafir ini kafir harbi dan zalim terhadap bangsa melayu namun atas dasar sifat jalangan hakiki yang ada perkara itu dihalalkan.


Ekstrimis Kristian DAP kini dibela oleh jalang semurah PAS. Anda sanggupkah menangung title jalang politik apabila menjilat DAP yang kita semua kenal begitu kuat anti Islam dan Melayu?


Pisau tahu ada dikalangan kawan kawan PAS sudah menyedari akan kebobrokan pemimpin mereka. Insyaallah satu hari nanti pasti akan ada tentangan dari dalam PAS untuk menyelamatkan maruah mereka dari terus terusan menjadi barua dan balaci DAP.

Kredit utk Pisau

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.