Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 9, 2013

Jeffrey Kitingan ajak rakyat Sabah dan Sarawak tolak PR


Boleh naik temperature pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika membaca kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bersifat menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk menolak Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti. Kenyataan Dr Jeffrey yang paling pedas ialah apabila beliau mengatakan bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak menyatakan atau menjelaskan secara terperinci tentang manfaat buku tersebut kepada penduduk Sabah dan Sarawak.


Lebih mendukacitakan pemimpin-pemimpin PR yang mula menyimpan angan-angan untuk menduduki kerusi empuk Puterajaya apabila Dr Jeffrey membuat kenyataan yang bunyinya lebih pro kepada Barisan Nasional berbanding dengan Pakatan Rakyat. Dalam kenyataan itu, Dr Jeffrey ada menekankan bahawa penduduk Sarawak patut rasa bertuah kerana dipimpin oleh parti tempatan, dan mereka (penduduk Sarawak) wajar mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

Perkembangan ini jelas membuktikan bahawa hasrat pembangkang mahu mewujudkan kesefahaman bagi mengadakan satu lawan satu menentang BN pada pilihanraya umum nanti telah gagal sepenuhnya. Belum reda pergolakan antara SAPP, PPPS dan APS, kini STAR pula cuba menimbulkan ketegangan dengan PR. Samada tindakan Dr Jeffrey ini didorong oleh perjuangan murni agenda Borneo beliau atau didorong oleh sikap tamak, yang pasti BN akan kekal memerintah selepas PRU-13 atas kelebihan "multiple-cornered fight".

Nampak gayanya, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu bekerja keras menentang pembangkang memandangkan pembangkang hari ini saling memburuk-burukkan kepimpinan dikalangan mereka sendiri.

KUCHING: Sarawakians should stick with the present state government as it is led by local-based parties which have the interest of the people at heart, says State Reform Party (STAR) Sabah chief Datuk Dr Jeffery Kitingan. 

He stressed that the people in Sarawak should be grateful that they were still being ruled by the local-based political parties unlike Sabah which is controlled by a peninsula-based party. 

“My advice for Sarawakians is this; why should you support the opposition especially the Pakatan Rakyat (PR) which is all made up of peninsula-based parties? The people of Sarawak must learn from our (Sabahans) bitter experiences where most of our interests have been eroded away under the current government,” Jeffery told The Borneo Post here yesterday. 

He said that was why STAR advised the people of Sabah to reject PR in the coming general election as they did not have the people’s interests at heart. 

Jeffery pointed out that the PR ‘Buku Jingga’ (Orange Book) did not specifically mention and explain how the people of Sarawak and Sabah would and could benefit if they were to capture Putrajaya after the general election. 

“Be they Pakatan Rakyat or any other Peninsula-based BN parties, they are all the same. I can say this from my own experiences dealing with them,” added Jeffery who was detained under ISA for two years in Kamunting in the 90’s. - 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.