Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, February 5, 2013

Hadi..Hadi!...Karpal yang mengamuk kenapa UMNO pulak kena tembak...



Gara-gara onar tidak sudah-sudah DAP khususnya Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menikus.Sepatahpun Presiden PAS itu tidak sentuh rasa geram dan kesal Pengerusi DAP itu ekoran kenyataan beliau bahawa isu kalimah Allah sudah selesai  selepas DAP mendengar penjelasan PAS berhubung keputusan Majlis Syura Ulama.Kalau nak kira malu memang malu PAS kena sergah dengan otai DAP itu dalam  isu yang begini penting.Seperti orang yang gabra berdepan dengan perkembangan terbaru ini ...kini Hadi menghala muncung senapang kepada UMNO menuduh isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.."Ini kerja UMNO. Mengaku Islam... bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah,""Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegasnya.
Alahai Hadi kenapa kena ding dong macam ni.

Kalau cakap macam tu, maknanya Hadi masih kekal dengan ketetapan yang dibuat PAS bersama DAP dan PKR dalam mesyuarat majlis pimpinan pekatan pembangkang pada 8 Januari lalu.Sedangkan Majlis Syura Ulama yang mesyuarat pada 13 Januari memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.

Ini bermakna kalimah itu juga tidak boleh diterjemahkan dalam Bible Bahasa Melayu.
Mungkin sebab itulah Hadi tidak menjawab kecaman Karpal terhadapnya kerana pendiriannya masih sama seperti dituntut Karpal dan DAP.Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin masih berpendirian sama seperti Hadi walaupun mengaku akur keputusan Majlis Syura Ulama.Justeru itu, wajar sangat Hadi minta disegerakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat supaya beliau dapat ulangi pendirian PAS yang pernah dibuat pada 8 Januari lalu.

Kenapa beliau nak kambing hitamkan UMNO dalam isu ini?

Tidak perlulah Hadi rasa takut untuk mengakui hakikat bahawa PAS memang perlu sokongan DAP dan sebab itu PAS perlu akur kehendak Karpal dan DAP.Cukuplah isu Amanat Hadi ‘disenyapkan’ begitu sahaja, Jangan pula, isu Kalimah Allah ini Hadi nak berdolak dalih juga.Biarlah PAS dan PR dengan persetujuan penggunaaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam yang dibuat sebelum ini.Tak kisahlah kalau Karpal nak perlekeh Majlis Syura Ulama kerana bukan Hadi yang patut jawab tetapi Nik Aziz.Siapa tahu Nik Aziz kalau nanti Nik Aziz juga  mahu tuduh ini juga permainan UMNO.Kini dikacamata ramai orang nampak sangat PAS yang mempolitikkan isu kalimah Allah untuk politik kerana takut undi penyokong dan ahli DAP terlepas dalam PRU 13.

Namun, elok juga diingatkan kepada Hadi dan Nik Aziz, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.