Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 30, 2013

Anwar Ibrahim Si Pendendam dan Angkuh




Jika Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, patutkah 
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Editor Harakah, Suara Keadilan dan Roketkini datang menemuinya untuk meminta maaf?

Ini kerana terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar berkenaan terhadap beliau. Bukan sahaja terhadap batang tubuh Najib yang dituduh korup dan terbabit dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, malah keluarganya dipalit sama.

Lazimnya editor-editor berkenaan bertanggungjawab kepada beberapa tokoh pimpinan parti seperti Ketua Penerangan atau publisiti. Malah ada juga yang melapor terus pada presiden atau timbalan presiden parti.

Sehubungan itu, wajarkah jika pakatan pembangkang kalah, Najib memanggil pemimpin parti berkenaan untuk turut meminta maaf.


Jika Najib bertindak demikian tentu orang akan mengatakan beliau 
seorang pendendam dan “tidak boleh bersenda-gurau dalam dunia politik”. Dituduh dengan pelbagai dosa dan difitnah pelbagai jenayah adalah lumrah bagi ahli siasah.

Namun Najib ialah seorang budiman. Sejak menjadi ahli Parlimen Pekan pada 1976 hingga memikul tanggungjawab Menteri Besar Pahang, dan akhirnya menjadi perdana menteri, dendam bukanlah ciri khas peribadinya.

Seseorang pemimpin haruslah ikhlas mahu berbakti kepada rakyat. Pemimpin juga harus mendengar dan menerima teguran. Saidina Umar yang tegas dan garang pun dipertikai oleh rakyat dari mana beliau mendapat ongkos memiliki jubah baru semasa beliau sedang berkhutbah.

Bagaimanapun sifat-sifat ini nampaknya tidak ada pada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum menang dan dengan rasminya dilantik menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengumumkan senarai siapa yang patut meminta maaf daripadanya.

Beliau mahu TV3 dan Utusan meminta maaf. Mereka juga akan diarahkan untuk bersedia mewawancaranya mengenai kemenangannya. Pelik seorang bekas pemimpin gerakan Islam kini menyerlahkan sisi pendendamnya dan juga keangkuhan yang luar biasa.
Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.


Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.

Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya, sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?

Inilah orangnya yang mahu mengubah kerajaan sedia ada kerana kononnya mahu memberi rakyat kebebasan bersuara. Rupanya Anwar tidak ikhlas. Anwar ialah seorang pendendam dan mempunyai ego yang sangat besar.

Teruskan membaca : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.