Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

Cerita Panas Klon ANWAR #PRU13 #TolakPR


Gambar Hiasan

Isu pendedahan klon manusia menyerupai Anwar Ibrahim semakin menarik , pendedahan terbaru menyatakan lelaki yang dimaksudkan itu telah diupah bagi membersihkan nama Anwar Ibrahim yang kini terdesak meneruskan saki-baki impiannya menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar yang didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .

Menurut sumber, lelaki berasal dari Thailand itu dikatakan ditugaskan untuk memainkan peranan sebagai 'pelakon' yang akan membuat 'pengakuan' tersebut dalam beberapa siri ceramah kempen pilihan raya kali ini.


"Lelaki itu dikatakan akan membuat penampilan pertamanya di kawasan Parlimen yang akan dipertahankan Anwar iaitu di Permatang Pauh dipercayai bertujuan meraih semula kepercayaan pengundi yang kini sudah semakin hilang keyakinan terhadap beliau. Baca selanjutnya

Dalam keadaan segenting sekarang Anwar dan juak-juak macainya akan melakukan apa saja bagi mendapatkan sokongan rakyat namun sebagai pengundi kita harus bijak.Walaupun lelaki yang dimaksudkan itu benar-benar mirip Anwar persoalannya sejauh mana beliau terlibat ?

Apakah dengan penampilan beliau sudah cukup untuk membuktikan Anwar menjadi mangsa fitnah pihak-pihak tertentu ?

MMI nak ingatkan kalau Anwar boleh berbohong dan menipu rakyat beliau juga boleh sekali lagi berbohong dan lelaki mirip beliau juga boleh saja berbohong.Malah jika lelaki itu mengaku sekalipun ianya hampir pasti akan melibatkan pemberian sejumlah wang.

Paling menarik Anwar langsung tidak mahu bersumpah tetapi sanggup pula menggerakkan usaha untuk menjejak lelaki mirip beliau !! Apa hal bro ???

Baca seterusnya : di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.