Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

#PRU13 :Janice Lee Bakal Dipecat Dari DAP Kerana Bertanding Bebas

adun teratai

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai Jenice Lee akan mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Bebas berikutan pengguguran namanya daripada senarai calon DAP pada pilihan raya umum ke-13.

Justeru, Lee berkata beliau sedia dipecat daripada DAP.

“Niat saya cuma mahu memenuhi hasrat penduduk Teratai untuk terus berkhidmat kepada mereka. Wang deposit pencalonan saya hasil kutipan derma jawatankuasa penduduk di sekitar kawasan Teratai,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Sabtu.

Lee tidak menolak kemungkinan beliau digugurkan daripada senarai calon DAP berikutan dakwaan penyelewengan oleh pemimpin DAP terhadapnya.

“Saya bertanding kerana mahu membuktikan saya tidak bersalah dan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan sepanjang saya menjadi anggota DAP.

Pada 15 Mac lepas, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.

Anggota Jawatankuasa Displin parti Tan Kok Wai dilaporkan berkata Suan Ba didakwa menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011.

– BERNAMA

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.