HARI ini kalau kita lihat semua perkara membabitkan janji
Pakatan harami untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), kefahaman kita ialah ANWAR AKAN HAPUS SEMUA HUTANG.
Itu kefahaman.
Tapi transkrip sesi dialog Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
Bersama Profesional Muda di Hotel Empire Subang Jaya pada 31 Mac 2012 yang
terlepas ke tangan penulis menunjukkan sebaliknya.
Semasa menjawab persoalan yang dikemukakan wartawan
RocketKini yang dikenali sebagai Izmir berhubung apa sesudah PTPTN dihapuskan
dan kemana kakitangan PTPTN akan dihantar, Anwar memberikan kenyataan berikut:-
Hapus berdasarkan pendapatan, bukan semua orang tapi bukan 1 tahun semua dihapuskan sebaliknya secara berperingkat. Semua staff PTPTN akan diserap ke dalam KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).
Ada 2 perkara penting disitu, pertama, hapus ikut
pendapatan, kedua, hapus secara berperingkat.
Terma ‘ikut pendapatan’ ini sahaja sangat meluas. Ada kata gaji RM 5,000 sebulan itu sudah
kaya, tapi ada juga cakap kalau gaji RM 5,000 tapi anak sepuluh, dia masih sama
miskin dengan orang yang gaji RM 2,000 tapi anaknya 2 orang sahaja.
Macam mana Anwar nak selesaikan masalah ini? Kita ada 1.9 juta orang peminjam dan bekas
peminjam sekarang, semuanya berharap tak perlu bayar lagi hutang PTPTN atau
mengharap pulangan PTPTN sebaik Pakatan harami ini berjaya menawan Putrajaya
(mintak jauh) dalam pilihanraya umum akan datang.
Alangkah kecewanya mereka-mereka ini nanti bila dapat tahu
bahawa hutang PTPTN mereka tidak layak
dihapuskan atau menerima pulangan semula pinjaman sebab gaji dah tinggi
sekian-sekian banyak. Undi dah bagi dah
ni, menang dah menang dah.
Ini belum lagi kita sentuh bab menghapuskan hutang PTPTN
secara berperingkat!!!
Kalau kita sentuh bab itu, penulis yakin ada yang akan
angkat bendera putih dan mengaku bahawa semua cerita nak menghapuskan PTPTN ini
hanyalah satu sandiwara untuk mendapatkan undi sahaja, bukan benar nak buat
pun.
Akhirnya nanti, episod duka yang menimpa rakyat Selangor,
Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hari ini kerana janji pilihanraya 2008 tidak
ditunaikan, akan menimpa semua rakyat Malaysia pulak kerana percayakan cakap
penipu macam Anwar.
Lebih teruk lagi, yang tertipu waktu itu, jangan haraplah
nak menuntut balik besok sebab Anwar jenis manusia yang bijak buat pekak
badak. Tengok sajalah macam mana dia
tipu seluruh rakyat Malaysia konon nak ambil alih kerajaan 16 September,
selepas itu apa jadi?
Selamba dia saja, buat tak tahu je, macam tidak ada apa yang
berlaku, salahkan takdir dan sebagainya.
Eh, Anwar punya kelentong kita semua sudah tahulah.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment