BANYAK yang sudah diperkatakan macai-macai pembangkang
tentang kesatuan dan kesepakatan Pakatan haram ini. Semuanya untuk mengatakan Anwar mampu
mengawal parti politik pembangkang – buat pertama kali sejak berpuluh-puluh
tahun dalu.
Walaupun berbuih mulut kita mengatakan sebaliknya tapi
balaci tak peduli. Mereka masih berangan
Anwar mampu menyatukan parti-parti politik pembangkang di negara ini dan
seterusnya memimpin kerajaan Malaysia besok.
Tapi hari ini semuanya jelas
bila pada hari penamaan calon pun, sudah 1 kerusi parlimen dan 5 kerusi
DUN yang ditandingi sesama sendiri parti komponen PR ini, apa kata macai
sekarang?
Kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat adalah:-
Parlimen Labuan (PAS vs PKR)
DUN Kota Damansara (PAS vs PKR)
DUN Sg Acheh ({PAS vs PKR)
DUN Kota Putera (PAS vs PKR)
DUN Seberang Takir (PAS vs PKR)
DUN Bukit Besi (PAS vs PKR)
Masih lagikah Anwar itu pemimpin yang hebat dan layak
menjadi Perdana Menteri bila dia tak mampu nak kawal parti-parti politik dalam
Pakatan haram ni?
Hakikatnya, semua ini sungguh memalukan, rupanya Anwar
hilang kawalan atas semua sekali terutaa hubungan dengan PAS (semua kerusi
terbabit melibatkan PAS dan PKR).
Ternyata Pakatan Rakyat ini memang hanya satu nama yang tidak ada erti
langsung. Setakat nak propa di sana sini
saja.
Pulak tu, bukan sikit anak kerusi yang terlibat, 6 DUN dan 1
kerusi parlimen!!
Paling teruk pun penulis pernah jumpa masalah seumpama ini
ialah pada tahun 2004 bila PAS dan PKR bertanding sesama sendiri di 2 kerusi
DUN. Kalau tak salah satu di Dengkil dan
satu lagi penulis dah lupa. Punca boleh
ingat tu sebab penulis ada menulis mengenainya bila memperlekehkan kerjasama
pakatan pembangkang ini yang pada itu dikenali sebagai Barisan Alternatif.
Pada BN, semua ini eloklah sebab undi yang akan pecah ialah
undi pembangkang, bukan undi BN. Tapi
yang lebih penting, semua ini juga membuktikan bahawa BN adalah perikatan
politik yang jauh lebih baik dari Pakatan haram ini.
Ini belum cerita kerajaan lagi, mahu berbunuh sebab nak
berebut jawatan.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment