Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 28, 2013

Kami Tangkap Adun Pas Bersama Bini Orang & Nik Aziz Lepaskan


Ustaz Saidi menegaskan pada Nik Aziz bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak melihat "mata pedang masuk dalam sarungnya" tetapi yang penting mereka di dalam bilik yang boleh mendatangkan syak. Apatah lagi Adun hanya pakai boxer, anu masih basah dan isteri ketua Cawangan Pas hanya sempat capai tuala mandi warna merah untuk tutup tubuhnya.

Klik untuk yang tertinggal kisah berahi Adun Pas ini di SINI

Part VII

Walaupun kecewa dengan penangguhan 'hukuman' oleh Nik Aziz, Ustaz Saidi bersama rakan-rakan beliau longlai pulang ke rumah dan terpaksa bersabar untuk mengadap Nik Aziz keesokan harinya.

Menurut Ustaz Saidi, siapa tak kecewa bila parti politik yang diikuti selama ini begitu gah mencanangkan Negara Islam dan Hudud dihampir setiap ceramah di segenap ceruk kampung malah di setiap negeri yang mereka pergi. Ceramah tentang Islam dan bagaimana Pas akan dirikan HUDUD kiranya mereka mentadbir Malaysia berkumandang setiap hari.

Malah ketaatan beliau kepada Nik Aziz yang dianggap sebagai Ulama yang zuhud dan konsisten ingin dan akan berlaku adil sebagaimana yang terkandung dalam sirah Nubwah juga mula pudar dan goyah sebaik saja kaki beliau melangkah keluar dari rumah Nik Aziz.

Tangkapan yang dilakukan beliau bukan bermotifkan politik juga dilihat sebagai antara faktor lunturnya rasa hormat beliau terhadap seorang Tokoh Agama, Nik Aziz ketika itu. Tegas ustaz Saidi, beliau bukan keseorang dalam kejadian ini malah bersama Sang Suami yang juga Ketua Cawangan Pas ketika itu juga seolah-olah dipandang sepi oleh Nik Aziz dan Ustaz Saidi melihat sendir raut wajah Nik Aziz yang seakan tidak serius bila beliau menceritakan segalanya tentang peristiwa tangkapan Adun Pas dalam gerabak keretapi.

Esoknya, mereka hadir lagi sekali dan kali ini hati Ustaz Saidi sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaikan satu ledakan bom jangka bila telahan Ustaz Saidi mengena, Nik Aziz dengan selambanya membuat keputusan ;

"Ana sudah istiqarah, Allah sudah ampunkan, tak perlu buat apa-apa dan baliklah..."

Itulah lebih kurang dialog atau keputusan Nik Aziz yang terus membunuh rasa cinta Ustaz Saidi dan rakan-rakannya yang lain terhadap parti yang mereka anuti selama ini, parti yang masuk kampung keluar kampung mencanangkan hanya mereka yang benar dan hanya parti mereka saja yang Islamik.

Walaupun Ustaz Saidi cuba menerangkan dan memujuk Nik Aziz agar jangan letak Ustaz Saiful Baharin yang ditangkap beliau sebagai calun, namun Nik Aziz enggan mendengar dan berpesan agar cerita ini jangan diperbesar takut imej Pas akan tercalar dalam PRU12 ketika itu.

Tujuan Ustaz Saidi merayu agar jangan diletakkan sebagai calon PRU12 tidak diendahkan Nik Aziz adalah kerana bimbang akan kalah kerana orang kampung Selising sudah tahu akan kejadian ini.

Namun nasib Ustaz Saiful Baharin agak baik, beliau menang dengan majoriti tipis dan kedengaran untuk PRU13 nanti, beliau bakal bertanding lagi atas tiket Pas.

Bermula saat itulah maka Ustaz Saidi mengambil keputusan nekad keluar dari parti yang dianggap hipokrit dan beliau sendiri naik ke pentas ceramah untuk bercerita tentang munafiknya perjuangan Pas. Beliau menyertai UMNO dan hasil dari ceramah dan usaha beliau sepanjang perjuangkan kebenaran, akhirnya lebih 3000 ahli Pas menyertai UMNO di Pasir Puteh.
gambar ketua muslimah Pas Pasir Puteh menyertai UMNO hasil usaha Ustaz Saidi


Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.