Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

KESILAPAN SPR TELAH MENGAKIBATKAN BARISAN NASIONAL KEHILANGAN PERAK & SELANGOR PADA PRU-12


Keputusan piliharaya 2008 telah menyaksikan dua negeri ini jatuh ke tangan pembangkang. Sekiranya diperhatikan dari carta diatas kemenangan sebenarnya memihak kepada BARISAN NASIONAL.


sumber dari laman spr.gov

BARISAN NASIONAL TELAH MEMENANGI 28 KERUSI DI PERAK
DAN 20 KERUSI DI SELANGOR.

Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.

Memandangkan PAKATAN RAKYAT masih belum didaftarkan pengiraan undi dan pengisytihan kemenangan haruslah berpandukan parti yang ditandingi secara berasingan bukan sebagai satu pertubuhan.

Pihak SPR dinasihatkan agar lebih berhati hati dalam menguruskan PRU2013 dan tidak mengulangi KESILAPAN MEREKA pada PRU 2008 yang lalu.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.