1. Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan
negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru
lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
Ringkasan
2. Kerajaan
Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat;
bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah
hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta.
Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport
(0.2%)
3. Defisit Fiskal
(Perbelanjaan melebihi hasil) - %
KDNK (GDP)
Malaysia -
5.6% (Terendah)
UK - 12.8%
Greek -
12%
Ireland - 11.7%
Sepanyol -
9.3%
Portugal -
7.3%.
4. Hutang Negara % KDNK (GDP)
Malaysia -
34% (Terendah)
Sepanyol - 60%
Portugal -
82%
USA -
90%
Singapura - 98%
UK -
158%
Greek -
160%
Jepun - 200%
5. Hutang Negara Per Kapita
Malaysia RM7,918
(US$2,514)/seorang – Terendah
USA - US$31,000/seorang
Belanda, Switzerland dan Denmark - US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden dan Kanada - US$17,000/seorang
Australia - - US$11,400/seorang
Untuk
memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited
untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua
perlulah sokong usaha beliau itu.
6. Penjelasan Lanjut
Hutang
Negara terbahagi kepada 3 komponen:
Jenis 2009 (Bilion) 2010 (Bilion)
6.1 Hutang Sektor Awam:
a) Hutang
Kerajaan Pusat - RM13.8
(16.2%) RM17.1 (20.0%)
b) PABK* - RM71.6 (83.8%) RM68.3 (80.0%)
c) Jumlah - RM85.4 RM85.4
• Perusahaan
Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
6.2 Sektor
Swasta = RM 70.0 RM 64.2
6.3 Hutang
Jangka Pendek = RM 77.8 RM
72.1
6.4 Jumlah = RM233.1 RM221.7
7. Hutang-hutang
di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat
(seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun
pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
8. Hutang
Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1
Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada
keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
9. HKP –
Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah
1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%.
Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang,
bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan
kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
10. HKP adalah
bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah
dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi
tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada
pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan
api. Pembangkang tak mahu?
11. Kerajaan
Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan
dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil
kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1
bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
12. Jika
dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan
Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya
menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
13. Dari segi
ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7%
daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun
kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah
daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal
(7.3%).
14. Dari segi
hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari
KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah terendah (34%) berbanding Sepanyol (60%),
Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun
(200%).
15. Hutang
Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh
lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark
(US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada (US$17,000/seorang) dan
Australia (US$11,400).
16. Untuk
memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB
PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi.
Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai
(pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapatlah
dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi
kebaikan kita juga.
No comments :
Post a Comment