Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya
terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu
pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.
Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan,
sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul
Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.
Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon
PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa
Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.
Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya
dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana
sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti
tersebut.
Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba
menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan
pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.
Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus
melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk
meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR
bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.
Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang
penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh
Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau
sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.
Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri
menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan
yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?
Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen
Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR.
Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan
memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.
Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti
yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali'
dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.
Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment