Tulisan
Killer dalam komen Malaysian Insider dan youtube channel anwaribrahimdotcom
(klik sini) berusaha untuk merungkai beberapa persoalan misteri yang
menyelubungi isu foto bogel Elizabeth Wong.
Walaupun
terdapat beberapa percanggahan fakta dengan kenyataan dengan kenyataan
mainstrain misalnya tentang status Hilmi Malik yang sudah berkhawin, sedangkan
media pedana mengatakan kedua-dua pasangan itu masih bujang, namun secara
keseluruhan, isi penceritaannya boleh diteliti lanjut.
Free sex
thinking
Pertama
hujah Killer mengatakan kegiatan gelap Elizabeth adalah suka bertukar-tukar
pasangan seks tanpa kahwin. Hobi Elizabeth ini sudah lama berlaku, tetapi mula
terbongkar sejak dua bulan lepas. Gaya
hidupnya memang sudah ‘menjolok mata’, malah gaya hidupnya itu diteruskan lagi
walaupun sudah bergelar YB, hingga terbongkar skandal gambar-gambar bogelnya
melakukan seks bebas bersama pemuda Melayu beberapa tahun lalu.
Killer
menyebut terdapat sekurang-kurang tiga individu yang menjadi kekasih gelap
Elizabeth iaitu Hilmi Malik, Tian Chua dan Mat Salleh.
Menurutnya
Elizabeth telah lama menjalinkan hubungan seksual dengan Tian Chua (Ketua
Penerangan PKR), hingga faktor itu pertunangan Tian Chua bersama warganegara
Hong Kong, Mable Au, terpaksa diputuskan. Kali terakhir hubungan Elizabeth-Tian
Chua terbongkar ketika ditangkap di Hotel Taipei, ketika misi PKR memburu
calon-calon BN di Taiwan.
Tetapi dalam
masa sama Elizabeth turut menjalin hubungan dengan pemuda Melayu-Islam bernama
Hilmi Malek, ketika pemuda itu belum berkahwin dan hubungan diteruskan walaupun
selepas lelaki itu sudah berkahwin.
Lelaki
Melayu itu diberi keistimewaan apabila dilantik menjadi Pembantu Peribadi kepada
Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian.
Amat jarang
Ahli Parlimen berbangsa Cina akan mengambil pegawai khas Melayu, kecuali atas
sebab-sebab tertentu terutama ‘keistimewaan’ lelaki Melayu yang tidak dapat
ditandingi oleh ahli-ahli PKR lain. Dia juga dikatakan menjadi aktivis penting
PKR bahagian Pandan.
Juga dalam
masa sama, Elizabeth mempunyai seorang lagi pasangan kekasihnya iaitu seorang
pemuda Mat Salleh.
Semua
kenyataan media tidak menyebut siapakah pemuda Mat Salleh itu, apakah dia
warganegara Malaysia dan apakah dia juga berkaitan dengan PKR ?
Motif
sebaran foto : Cemburu cinta tiga segi ?
Di antara
ketiga-tiga lelaki itu, siapakah kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth,
kerana semuanya dilakukan secara serentak ?
Tian Chua,
Hilmi atau Mat Salleh ? Siapa kekasih sebenar yang paling disayangi Elizabeth ?
Komen Killer
seolah-olah bersetuju kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth adalah
Hilmi.
Dia menulis
begini, ‘Elizabeth semakin rapat dengan Hilmi dan mereka menjadi semakin intim
ketika menyertai Pilihan raya Ke- 12, (Mac tahun lalu). Walau bagaimanapun
hubungan mereka menjadi tegang dengan aktiviti-aktiviti “kurikulum luar ”
Elizabeth. Mereka dikatakan telah berpisah selepas perkahwinan Hilmi tetapi
ianya masih berterusan’
Hujah ini
diperkukuhkan lagi dengan pengakuan Elizabeth sendiri dalam tulisan di blognya
pada 10 Mac 2008, sejurus selepas kemenangannya di DUN Bukit Lanjan.
Dalam membariskan
ucapan terima kasih di atas kemenangannya itu, dia turut mengucapkan terima
kasih kepada Hilmi, kekasihnya, ‘my boyfriend Hilmi who has been incredibly
patient and supportive’. klik sini
Killer
menulis, ‘hubungan cinta Elizabeth-Hilmi sampai ke kemuncaknya kira-kira dua
bulan yang lepas apabila Hilmi menemui foto-foto bogel Elizabeth bersama dengan
teman lelaki Mat Salleh. Hilmi menjadi marah dan mereka memutuskan hubungan.
Walau bagaimanapun, gambar-gambar (bogel Eli) telah sampai ke pengetahuan aktivis
PKR ‘
Bermakna,
walaupun Elizabeth menulis di blognya pada Mac 2008, mendeklarasikan Hilmi
sebagai kekasihnya (yang paling disayangi ?), tetapi pada bulan September 2008,
Elizabeth masih menjalinkan hubungan seks dengan Tian Chua, di Hotel Taipei,
Taiwan dan kira-kira dua bulan lepas (Disember 2008), Elizabeth mengadakan
hubungan seks dengan teman lelaki Mat Sallehnya pula.
Jadi, jika
menurut tulisan Killer, foto yang ditemui itu adalah foto-foto Elizebeth
bersama Mat Salleh, di rumah Elizabeth di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Polis
melawat rumah Elizabeth Wong, di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Persoalan
yang belum terjawab, siapakah yang merakam foto-foto peribadi Elizabeth-Mat
Salleh di rumah Jalan Gasing itu ?
Adakah Hilmi
atau Mat Salleh itu sendiri kerana kedua-duanya istimewa dan mempunyai ‘kunci’
untuk masuk ke rumah Elizabeth ?
Persoalan
lain yang juga belum terjawab, apakah hanya dua foto yang tersebar di internet
itu sahaja, foto yang dikatakan ‘memalukan’ Elizabeth ? Sedangkan dalam laporan
disebut polis menerima dua keping foto dan satu salinan klip video.
Dua foto itu
sudah bertebaran di internet. Tidaklah memalukan pun dan kalau berdasarkan dua
keping foto itu, Elizabeth masih boleh ‘melawan’ jika dia tidak mengaku
dirinya, kerana foto itu tidak begitu jelas.
Tetapi
bagaimana pula dengan klip video ? Klip video ini masih tersembunyi isi
kandungannya.
Apa isi
kandungan video, sehingga Elizabeth bertekad meletakkan jawatan ADUN dan Exco
Selangor, meskipun dilarang oleh Anwar Ibrahim, pemimpin de facto PKR ?
Barangkali
lebih dari dua foto yang dirakamkan, dan kedua foto yang disebarkan di internet
itu sekadar pelindung kepada foto-foto lain yang lebih ekslusif lagi. Apatah
lagi bila disebut klip video bermakna masih banyak perkara yang belum terdedah
dan amat ditakuti oleh Elizabeth.
Dalam hal
ini, Killer merumuskan seperti berikut, ‘Ia sesuatu yang amat menipu apabila
Eli menyatakan gambar tersebut diambil tanpa pengetahuannya ataupun kerja BN.
Lebih baik dia mengaku ataupun perkara ini akan menjadi semakin buruk’
Sebab itu
boleh difahami kenapa Elizabeth berkeras meletakkan jawatan, mestipun dihalang
oleh Anwar Ibrahim, kerana dia tahu isi kandungan sebenar foto dan klip video
itu. klik sini.
Dalam bahasa
Killer, Elizabeth memilih langkah pertama iaitu mengaku (menyerah kalah) bahawa
foto-foto dan klip video adalah miliknya dengan meletak semua jawatan politik
serta mengambil cuti ke luar negara selama sebulan.
Siapa
sebarkan foto itu dan apa motifnya ?
Killer
merumuskan Hilmi marah apabila menemui foto-foto Elizabeth-Mat Salleh dan
membuatkan Hilmi berazam untuk memutuskan hubungan cintanya.
Sebelum
inipun Hilmi melahirkan rasa marah kepada Elizabeth kerana aktiviti-aktiviti
“kurikulum luar” (hubungan seks dengan pasangan lain ?) kekasihnya itu, namun
barangkali kemarahan itu belum benar-benar memuncak, dan boleh berbaik semula
setelah dipujuk.
Namun
ketegangan itu tidak dapat dibendung lagi pada dua bulan lepas (Disember 2008
?) apabila Hilmi sendiri terjumpa bukti foto Elizabeth-Mat Salleh.
Menurut
Killer, isu pergaduhan Elizabeth-Hilmi juga telah diketahui oleh inner circe
PKR. Foto-foto Elizabeth juga turut sampai ke tangan anggota-anggota PKR yang
lain selepas ‘pergaduhan besar’ itu
Menurut Hee
Loy Sian, Hilmi berhenti kerja dengannya kira-kira sebulan lepas. Barangkali
itu merupakan kemuncak ketegangan Elizabeth-Hilmi, sehingga memaksa dia
berhenti kerja sebagai pembantu khas ahli parlimen PKR .
Ini
diperkukuhkan lagi dengan keluhan sedih Elizabeth sendiri kepada rakan-rakan
partinya pada 5 Februari lalu yang mengatakan “Mungkin ini kali terakhir kita
makan malam dengan saya sebagai Exco (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)
dan Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri)”.
Maknanya
Elizabeth sudah dapat menjangkakan apa yang akan terjadi ke atas dirinya
setelah Hilmi menemui foto-foto itu dan berhenti kerja serta menghilangkan diri
secara tiba-tiba.
Menurut
Killer, Elizaberth juga mempunyai dua musuh lain iaitu pertama musuh politik
sesama PKR yang masing-masing berlumba-lumba untuk mengisi jawatan exco yang
disandang oleh Elizabeth.
Nama-nama
yang turut disebut teringin mengisi jawatan exco yang disandang oleh Elizabeth
adalah Dr Tan Kee Kwong (bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan), Dr Tan
Yee Kew (bekas ketua wanita MCA Klang), Lee Kim Sin (ADUN PKR Kajang) dan Gan
Pei Nee (ADUN PKR Rawang). klik sini
Musuh kedua
Elizabeth adalah segolongan peniaga yang marah dengan dasar Elizabeth ketika
memegang Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, kerajaan
Selangor.
Killer
menulis begini, ‘Jadi, tindakan puak-puak yang bermusuhan dalam PKR mengintai
kerusi Exco (yang dipegang oleh Eli) dan kepentingan perniagaan telah
menimbulkan kemarahan Elizabeth, kerana tentangannya yang tegas terhadap isu
alam sekitar dan pembangunan lereng bukit merupakan saat terbaik untuk membunuh
karier politiknya. Oleh itu, gambar-gambar dan klip video yang diperoleh oleh
mereka yang tidak berprinsip dan telah digunakan untuk menjatuhkan maruahnya.
Inilah sebab kenapa mereka ini menemui Malay Mail dan tidak membuat ugutan
kepada Elizabeth’
Justeru itu,
maka amat mudah difahami jika polis melawat pejabat Malay Mail untuk mengesan
orang yang dikatakan menyerahkan salinan foto dan klik video itu. Klik di sini
Pendapat
sama turut dipersetujui oleh Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan
Bangunan dan Setinggan negeri Selangor yang berkata penyebaran foto itu
dilakukan pemaju yang tidak puas hati apabila kerajaan negeri melarang
pembangunan di cerun Kelas 3 dan 4.
“Beliau
(Wong) terkenal sebagai aktivis alam sekitar dan sangat tegas dalam usaha
melindungi alam semula jadi. Saya yakin ramai tidak puas hati dengan ketegasan
beliau,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor.
Pendapat ini
diperkukuhkan lagi dengan kenyataan polis yang mengatakan ‘kes foto Elizabeth
bukan perangkap politik’. klik sini
Membaca
keseluruhan pandangan Killer,klik sini
Kenapa Tian
Chua emosional dan sokongan Malaysiakini ?
Dalam kes
Elizabeth, Tian Chua cukup emosional. Ketika wartawan cuba mendapat maklumat
daripada bekas majikan Hilmi (Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PKR PJ Selatan), Tian
Chua memotong percakapan Hee Loy Sian. Dia memarahi wartawan kerana terlalu
berminat ‘menceroboh’ hal personal Elizabeth. Sempat dia beri warning terakhir,
jangan ungkit lagi pasal kes Elizabeth !.
Dalam video
terbitan Malaysiakini, kemarahan Tian Chua tidak dapat dikawal lagi. Selepas
memberi warning kepada wartawan, dia meninggalkan wartawan -wartawan yang masih
terkebil-kebil untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Inilah
tindakan paling biadap Tian Chua berhadapan dengan media, walaupun sebelum ini,
dia begitu mesra media (terutamanya Malaysiakini) sesuai dengan statusnya Ketua
Penerangan PKR.
Laman
Agendadaily.com mendakwa, ketika wartawan mereka bertanya lanjut mengenai kes
Elizabeth Tian Chua telah mengancam dengan kata-kata berikut : “If you ask me
again, I smash your head” ! (Jika awak bertanya saya lagi tentang Elizabeth,
saya akan pukul kepada awak !).
Sebagai
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mesra media sebelum ini
Malah Tian
Chua turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang
menyebut dia adalah bekas teman lelaki Elizabeth. Dia secara tegas menghalau
wartawan Agendadaily beredar daripadanya. Klik di sini
Nobisha
seorang blogger menemplak sikap double standard Tian Chua. Suatu ketika dahulu
Tian Chua sanggup dipukul polis semata-mata memperjuangkan kebebasan media.
Tetapi dalam kes Elizabeth, dia bertindak sebaliknya berusaha menyekat
kebebasan media. klik sini
Berkaitan
dengan Malaysiakini pula, laman itu secara konsisten menyokong penuh di
belakang Elizabeth. Lebih tiga video terbitan Malaysiakini diterbitkan secara
berkala memungut pendapat rakyat yang menunjukkan sokongan kepada Elizabeth.
Langkah
Malaysiakini itu dianggap sesuatu yang luar biasa. Jarang memfokuskan kepada
individu tertentu (dalam bentuk video khas) kecuali untuk Elizabeth Wong dan
Anwar Ibrahim.
Siapa
Elizabeth kepada Malaysiakini ? Begitu juga soalan sama diulang, siapa
Elizabeth di hati Tian Chua, sehingga dia begitu emosi ?
Kumpulan
aktivis hak asasi Australia
Tian Chua,
Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Premesh Chandran adalah ‘empat sekawan’ yang
berasal dari aktivis pelajar Australia yang pro-demokrasi dan hak asasi
manusia.
Gelombang ‘reformasi’
yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998 berlandaskan ‘keadilan’,
‘demokrasi’ dan ‘hak asasi’ mendekatkan ‘empat sekawan’ itu untuk menyokong
perjuangan Parti Keadilan.
Pada
peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) empat sekawan
itu (Tian, Elizabeth, Stevan dan Pramesh) terlibat sama dalam mesyuarat
membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan ‘justice, human rights,
democracy, freedom of speech dan good governance’ yang akhirnya dijelmakan
sebagai Malaysiakini.com.
Setelah
Malaysiakini ditubuhkan secara rasmi, Stevan Gan menjadi Ketua Pengarang dan
Pramesh Chandran mengendalikan pengurusan kewangan sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif. Klik di sini
Manakala
Tian Chua dan Elizabeth pula memilih pendekatan pemain di sebalik tabir portal
internet itu serta lebih menonjol dalam NGO yang memperjuangkan hak asasi.
Tian-Elizabeth
bergerak bersama, termasuk tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan
NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and
Democracy in Asia). klik sini
Tian Chua
(PKR) dan Stevan Gan (Malaysiakini) dalam program ARDA
Yang
menyatukan Tian, Eliz, Stevan dan Pramesh adalah mereka bergerak melalui sumber
penaja yang sama iaitu disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan
Yahudi bernama George Soros.klik sini dan di sini
George Soros
(Open Society Institute) bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
Dalam
laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91
bertajuk “Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges
Authoritarianism”, (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan
George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia
Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
“Malaysiakini’s
initial funding came from the Southeast Asia Press Allian(SEAPA). Later they
completed a private equity transaction with the Media Development Loan Fund
(MDLF) and set up a company with 5 million shares (Tong 2004: 306)”
“In February
2001, the Far Eastern Economic Review quoted billionaire George Soros as saying
that his Open Society Institute funded several media outlets in Asia, including
Malaysiakini. Although FEER later published a clarification stating that OSI
funded the Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) and not Malaysiakini, this
made little difference to Malaysian authorities and local media, which
continued to use the purported connection with Soros to discredit the news
organization (Tong 2004).
Laman Minda
Madani Online turut bersetuju kaitan Malaysiakini dan George Soros dengan
menulis,‘Majalah Far
Eastern Economic Review keluaran Februari 2001 melaporkan pertubuhan amal Open
Society Institute (OSI) milik spekulator matawang Amerika Syarikat, George
Soros turut membiayai organisasi-organisasi media di Asia termasuk
Malaysiakini.
Bekas Editor
Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, kemudiannya mendakwa bahawa Malaysiakini
menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF)
yang dikaitkan dengan OSI milik Soros. OSI merupakan sebuah badan amal yang
memberikan dana kepada organisasi-organisasi yang mempromosi idea-idea
demokrasi liberal dan pasaran bebas.
Ketua
Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Pramesh Chandran, kemudiannya menafikan bahawa
media tersebut mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan
Soros. Beliau walau bagaimanapun mengakui bahawa organisasi tersebut merupakan
salah satu daripada 20 organisasi yang menerima dana daripada Centre for
Advanced Media, Prague (C@MP) yang merupakan sebahagian daripada MDLF yang
dikaitkan dengan Soros’ klik di sini
Kenapa Anwar
Ibrahim larang Elizabeth letak jawatan ?
Anwar
Ibrahim juga dilaporkan dalam keadaan mood berang apabila menyentuh mengenai
isu Elizabeth. Anwar berucap dalam majlis makan malam yang dihadiri kebanyakan
kaum Cina anjuran PKR di Petaling Jaya, malam semalam. Klik di sini
Kenapa Anwar
berang bila bercakap isu Elizabeth ?
Apakah bila
menyentuh isu Elizabeth juga turut berkait dengan Tian Chua yang kedua-duanya
‘anak emas Anwar’ sehingga kedua-duanya diletakkan di posisi yang sama iaitu
Ketua Penerangan PKR (Tian Chua) dan Ketua Penerangan Wanita PKR (Elizabeth).
Siapa Elizabeth
di hati Anwar ?
Selain Tian
Chua, Elizabeth dianggap sebagai ‘lubuk duit’ dari luar negara yang disalurkan
melalui NGO untuk membantu PKR. Klik sini
Elizabeth
merupakan secretary-general kepada HAKAM dari 2000-2006 dan sekarang masih
menjadi penasihat utama NGO itu.
Dia juga
merupakan penasihat utama kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang mendapat
tajaan daripada yayasan Yahudi Amerika iaitu NED (National Endowment for
Democracy).
SUARAM
mendapat grant tahunan sebanyak $70,000 daripada NED. Bukti Bukti klik di sini
Maka tidak
hairan dalam Pilihanraya ke-12, aktivis-aktivis SUARAM seperti Elizabeth Wong
(DUN Bukit Lanjan, Selangor), Chang Lih Kang (DUN Teja, Perak) dan Arutchelvan
(DUN Semenyih, Selangor) bertanding atas tiket PKR.
Elizabeth
juga merupakan fellow hak asasi sebuah yayasan Amerika iaitu Carnegie Council for Ethics and International pada 2002-03.
Carnegie
Council for Ethics and International Affairs pula ditaja the Carnegie Endowment
For International Peace
Kedua-dua
yayasan Amerika ini mempunyai perkaitan rapat dengan Anwar Ibrahim kerana salah
seorang kawan baiknya, Douglas Paal menjadi vice president for studies di
yayasan itu. Klik sini
Douglas H
Paal, kawan baik Anwar adalah vice president for studies at the Carnegie
Endowment for International Peace. Dia merupakan bekas penganalisis kanan CIA
dan menjadi wakil Amerika di Asia sebagai Pengarah the American Institute di
Taiwan. Dia merupakan Pengasas dan bekas Presiden APPC (Asia Pacific Policy
Center) yang bekerjasama dengan IKD (Institut Kajian Dasar) untuk melobi nama
Anwar di kaca mata Amerika pada tahun 1996-1998.
Kalau
ditujuk kepada sejarah hubungan Anwar Ibrahim dan Douglas Paal, sudah bermula
sejak tahun 1996 lagi, ketika itu Paal bertugas sebagai wakil Amerika di rantau
Asia dengan ibu pejabatnya di Taiwan.
Pada tahun
1998, Anwar Ibrahim telah dilaporkan menyalahgunakan dana kerajaan sebagai
Menteri Kewangan dengan membayar RM38 million kepada pelobi APPC (Asia Pacific
Policy Centre, berpusat di Taiwan, kepunyaan Douglas Paal untuk melobi Amerika
Syarikat. Klik sini
Hasil lobi
itu, Douglas Paal yang juga bekas penganalisis kanan CIA di Jabatan Negara
Amerika Syarikat (klik di sini) telah berjaya membawa ahli politik berbangsa
Yahudi termasuk William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline
Albright (Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia melalui projek ‘Dailog
Pasifik’ anjuran bersama IKD dan APPC. Klik di sini
Berdasarkan
latar belakang di atas, memang wajar Anwar Ibrahim berang apabila kes Elizabeth
terbongkar.
Apatah lagi
Elizabeth mengambil keputusan drastik meninggalkan semua jawatan politik serta
tidak menghiraukan nasihat Anwar.
Memang Anwar
akan mengamuk, jika sumber duitnya telah dijolok oleh orang dalamnya sendiri.
Bukankah
terdapat persamaan antara Elizabeth Wong dan Anwar Ibrahim yang sama-sama
terlibat dengan skandal seks gelap dan ketika mereka dilanda masalah itu,
mereka sama-sama berlindung di sebalik tembok besi hak asasi manusia ?
Sumber : AIDC
No comments :
Post a Comment