Keputusan Pas mencalonkan semula Saiful Bahrin Mohamed bagi
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di sini mendapat tentangan
sebahagian besar ahli dan penyokong tegar parti itu.
Bagi menyatakan bantahan, mereka telah melantik Setiausaha
Pas Cawangan Danan Timur yang Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas kawasan, Ibrahim
Ismail untuk bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
ini.
Ibrahim ketika ditemui memberitahu, pencalonan beliau dibuat
bagi menunjukkan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang masih memilih Saiful Bahrin untuk terus bertanding, meskipun ditentang
oleh sebahagian ahli dan penyokong parti.
Dakwanya, beberapa surat bantahan telah dihantar kepada Nik
Abdul Aziz sebelum ini meminta beliau selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan menukar
calon lain yang difikirkan bersih dan tidak terpalit skandal.
Kami bukan kumpulan yang menentang perjuangan Pas tetapi
hanya mewakili sebilangan besar pengundi, ahli dan penyokong kuat Pas yang
tidak bersetuju Saiful Bahrin dikekalkan sebagai calon PRU-13.
Saya akan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang
tiga bentuk anak kunci dan mengambil borang penamaan calon di Pejabat Tanah dan
Jajahan Pasir Puteh dalam tempoh terdekat bagi menyempurnakan proses
berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan
tahlil bersama penyokongnya di kediamannya di Taman Perumahan Selising, dekat
sini malam tadi.
Ibrahim berkata, kes khalwat di atas kereta api yang
dikaitkan dengan Saiful Bahrin masih gagal dipadamkan dan ia sepatutnya
diselesaikan agar dakwaan tersebut tidak dijadikan isu politik oleh parti
lawan.
“Pas DUN Selising mahukan calon wakil rakyat mereka bersih
khususnya membabitkan peribadi. Sebagai parti yang memperjuangkan agenda Islam,
isu-isu seumpama itu seharusnya tidak berpanjangan," katanya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment