Kerendahan moral dikalangan pemimpin-pemimpin PKR
sudah satu fenomena yang lama berlaku dan kini diketahui umum. Rupanya masaalah
ini dah lama melarat ke calun-calun PKR juga.
Jika kita disajikan beberapa tahun lepas ini dengan
kisah Anwar Ibrahim dan kebuasan seks bersama pelacur, sodomi dengan jantan
muda, dan dimasa lepas dengan isteri pembantu hingga melahirkan anak, tak
mustahil masaalah moral sedemikian tak terjangkit kepada orang sekelilingnya
Penyokong dan pengikutnya juga yang dok pertahankan
Anwar seolah-olah dia suci dalam debu.
Haji Hadi baru dedahkan calun PKR yang berfahaman
komunis dan jual dadah pil kuda. Kini kami ada kisah seks skandal yang
melibatkan artis. Sebut pasal artis, kami pernah tulis mengenai Anwar dan
penyanyi Sabah bernama Flora Ong.
Difahamkan seorang calun Parlimen PKR yang bekerja
rapat dengan Anwar Ibrahim di Tropicana pernah suatu masa dahulu ada hubungan
dengan seorang artis - tak kira dia penyanyi atau pelakun atau pelawak.
Hubungan ini sudah terlajak hingga akhirnya artis itu
mengandung. Tak mahu pula digugurkan anak itu dan lahirlah anak itu. Betul
juga, mak bapak yang salah, bukan anak tersebut.
Calun ini tidak pula berusaha untuk menikahi artis
tersebut sebaik diketahui artis itu mengandung. Anak ini pun lahir dan hidup
dengan artis tersebut dilihat sebagai single mother. Artis itu dibiarkan
menyara hidup anak itu hingga besar. Si Bapa terus cuci tangan dan buat tak
tahu sahaja.
Nak sebut lebih-lebih, nanti orang boleh agak nama
artis itu. Sedikit lagi diskripsi mengenai anak itu, orang ramai boleh teka
siapa artis dan anak itu. Kita kasi calun itu suspens dulu..
Yang penting adalah calun yang PKR tawarkan kepada
rakyat adalah orang yang tak bermoral. Jadi macam mana mana orang tak bermoral
dan tiada rasa salah dan rasa tanggungjawab atas kesalahan boleh menjadi suara
dan pejuang kepentingan rakyat di Dewan rakyat?
Mana ada kredibiliti untuk bercakap mengenai keadilan,
ketelusan, governance, kebersihan dan nilai-nilai dalam Parlimen tapi dirinya
sendiri bukan seorang tak ada akhlak dan melakukan kerja haram!!!
Tunggu info selanjutnya.
No comments :
Post a Comment