Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013



Timbalan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksana undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.

Undang-undang berkenaan tidak diketengahkan di negeri Kedah dan juga Selangor yang ditadbir secara bersama dengan DAP dan PKR sejak 2008.

"Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung.

"Apabila isu hudud dimanipulasi, mungkin ada 'backfire' daripada pengundi bukan Islam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu hujung minggu lalu.

Berbeza daripada Kedah dan Selangor, umat Islam membentuk kumpulan yang besar sehingga lebih 90 peratus di negeri Kelantan dan Terengganu.

PAS meluluskan undang-undang hudud di Kelantan pada tahun 2000 dan juga di Terengganu ketika parti itu menguasi negeri berkenaan pada 1993.

 

"Di Kedah kita tak bercakap sangat soal hudud kerana percampuran itu besar malah dalam kerajaan negeri dan peringkat perbandaran. Dari segi tuntutan (masyarakat) juga tidak sama dengan di Kelantan," katanya lagi.

Baihaki yang juga ADUN Pasir Tumboh mengakui bahawa isu hudud tidak memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat, tapi PAS Kelantan amat berhasrat supaya pemimpin parti anggota Pakatan memahami hasrat mereka dalam memperkenalkan undang-undang berkenaan.

"Sekarang kita harap dengan isu hudud atau isu lain, pimpinan pakatan masih boleh bertolak ansur dan capai kata sepakat dengan perkara bersama.

"Isu yang boleh timbulkan keresahan bukan hudud saja. Ada isu yang ditimbulkan DAP ada yang kita tidak setuju tapi atas dasar bersama kita tolak ansur," katanya lagi. - Malaysiakini..

Rupa²nya Hudud bagi PAS adalah satu perniagaan. Jika tidak mendatangkan keuntungan, PAS tidak akan laksanakan... Berita 14 Disember 2011 dari Malaysiakini.


Teruskan membaca :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.