Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

PRU -13 : Ahli Pas DUN Selising tolak pencalonan Saiful Bahrin?





Keputusan Pas mencalonkan semula Saiful Bahrin Mohamed bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di sini mendapat tentangan sebahagian besar ahli dan penyokong tegar parti itu.

Bagi menyatakan bantahan, mereka telah melantik Setiausaha Pas Cawangan Danan Timur yang Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas kawasan, Ibrahim Ismail untuk bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Ibrahim ketika ditemui memberitahu, pencalonan beliau dibuat bagi menunjukkan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih memilih Saiful Bahrin untuk terus bertanding, meskipun ditentang oleh sebahagian ahli dan penyokong parti.

Dakwanya, beberapa surat bantahan telah dihantar kepada Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta beliau selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan menukar calon lain yang difikirkan bersih dan tidak terpalit skandal.

Kami bukan kumpulan yang menentang perjuangan Pas tetapi hanya mewakili sebilangan besar pengundi, ahli dan penyokong kuat Pas yang tidak bersetuju Saiful Bahrin dikekalkan sebagai calon PRU-13.

Saya akan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang tiga bentuk anak kunci dan mengambil borang penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dalam tempoh terdekat bagi menyempurnakan proses berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tahlil bersama penyokongnya di kediamannya di Taman Perumahan Selising, dekat sini malam tadi.

Ibrahim berkata, kes khalwat di atas kereta api yang dikaitkan dengan Saiful Bahrin masih gagal dipadamkan dan ia sepatutnya diselesaikan agar dakwaan tersebut tidak dijadikan isu politik oleh parti lawan.

“Pas DUN Selising mahukan calon wakil rakyat mereka bersih khususnya membabitkan peribadi. Sebagai parti yang memperjuangkan agenda Islam, isu-isu seumpama itu seharusnya tidak berpanjangan," katanya.

Baca seterusnya :sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.