Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 20, 2013

[TIDAK SERAH BORANG] Calon BN Pasir Mas (Che Johan) JELASKAN Demi KALAHKAN PAS - Mohon Maaf & Sedia Terima Hukuman?



PASIR MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menarik diri daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua hukuman."

Demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa selepas tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini.

Tindakan Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk Ibrahim Ali akan bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
 
"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat sukar untuk BN menang di sini.

"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini

Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.

Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.

Ramai yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara Ibrahim Ali dan Nik Abduh maka peluang adalah lebih besar untuk memihak kepada Ibrahim.

Memandangkan sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali telah menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi kerusi ini pastinya akan menguntungkan BN juga.


Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.