Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

#PRU 13: Kamilia Ibrahim, Suhaimi dan lain-lain Dipecat Secara automatik, Nasib Johan Che Pa Belum Pasti


Shariff-Omar-BN-sack-shahuddin-new

Berdasarkan Perlembagaan UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang secara otomatik gugur keahlian.  Datuk Kamilia Ibrahim hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bertanding sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar.

Namun kejutan lebih besar tentulah berlaku di Palimen Sepang apabila Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed dicabar oleh Suhaimi Ghazali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.
 Selain itu, Datuk Shariff Omar (gambar kiri sekali) yang bertanding sebagai calon bebas untuk Parlimen Tasek Gelugor, menentang calon BN, Shahbuddin Yahaya dan calon Pas, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin, turut secara otomatik dipecat.

Nasib yang sama turut dihadapi oleh beberapa orang ahli UMNO lain. Ini termasuklah Timbalan Ketua UMNO cawangan Felda Adela. cikgu Azaman bin Johari yang menentang calon BN, Azalina Othman Said di Pengerang; Cikgu Sobri Ahmad yang bertanding sebagai calon bebas bagi DUN Sungai Limau menentang Datuk Seri Azizan Razak (PAS);

Bagaimanapun, nasib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Johan Che Pa sangat menarik untuk dianalisis. Johan tidak menyerah borang pencalonannya sebagai wakil BN bagi Parlimen Pasir Pas. Dengan tindakan tersebut menyebabkan BN tidak mempunyai calon untuk Parlimen Pasir Mas.

Kini Pasir Mas akan meyaksikan pertandingan dua penjuru antara Datuk Ibrahim Ali (Bebas) menentang calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kehilangan Johan Che Pa menimbulkan dilema kepada UMNO. Sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Johan, masyarakat melihat ini taktik UMNO untuk memberi ruang kepada Ibrahim Ali bertanding sebagai calon mesra BN. Namun apa pun, UMNO pastinya akan menunggu penjelasan Johan sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya ia dibuat atas sebab mensabotaj parti, maka tindakan disiplin pasti akan diambil.


Baca seterusnya : sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.