Isunya tidaklah besar mana pun. Malaysia tidak rugi apa pun
dalam hal ini, malah lebih untung lagi. Hanya faktor sejarah sahaja yang
membuatkan ada segelintir orang marah kepada kerajaan berhubung kes tersebut.
Benar, sejarah tidak boleh menipu kita dan sejarah itu
penting. Tetapi dunia telah berubah, maka kita tidak boleh terus bernostalgia
dengan sejarah. Kita nak marah kerana tanah kita 78 tahun 'diserahkan' kepada
Singapura.
Bukan diserahkan, kita kena faham. Kerajaan kita pun
bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita
majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam
projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi. Malah Singapura
bersetuju pula untuk tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan
nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor.
Singapura adalah sebuah negara yang kecil dan tanahnya cukup
terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah .
Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk
rakyat dan pelabur.
Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah
terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar.
Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang
pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah
tentulah mereka menghadapi kesukaran.
Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi LALUAN atau lebih tepat LANDASAN keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil
lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita
bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.
Kita ini manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir
sedikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara.
Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh
mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil
yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik
pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.
Utusan Online - klik di sini
Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi
sejarah sahaja. Dengan 60 % kepentingan yang dimiliki oleh Malaysia dalam
pembangunan tersebut adalah sesuatu yang cukup bagus berbanding dengan kita
terus pertahankan tanah itu sebagai tanah keretapi. Memang betul sejarah tidak
dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. Arak
dan babi haram untuk orang Islam, tetapi jika kita berada di dalam keadaan
darurat maka kita dibolehkan untuk meminum arak atau memakan daging babi.
Begitu juga dengan sejarah, jika kita ada pilihan sudah
tentu kita pun mempertahankan sejarah tersebut. Lainlah jika Singapura itu
sebuah negara yang luas dan tanahnya bertimbun-timbun lagi yang masih kosong.
Jangan kerana keegoan kita kerana mempunyai tanah di negara orang, maka kita
tidak fikir perasaan orang lain demi mempertahankan ego kita.
Pelaburan dalam bidang hartanah di Singapura atau di
Malaysia membawa untung yang lumayan selagi kedua-dua negara ini tidak dilanda
perang. Semakin hari pasaran makin naik. Kerancakan ekonomi Singapura sudah
tentu ianya membawa tempias kepada Malaysia memandangkan kita jiran yang paling
dekat.
Saya bagi satu contoh, Ali memiliki sebidang tanah yang
cukup subur yang diwarisi oleh ayahnya. Sejak berpuluh tahun dulu, tanah
tersebut digunakan oleh ayah Ali untuk menanam serai sebagai sumber pendapatan
mereka. Apabila ayah Ali meninggal dunia, Ali mewarisi tanah itu dan dia juga
terus menanam serai di tanah peninggalan ayahnya.
Pendapatan yang Ali perolehi sama sahaja daripada dulu
sampai sekarang, iaitu sekitar RM 1000 hingga ke RM 1200.00 sebulan. Kalau naik
pun sikit sahaja, kerana harga serai tidak pernah naik mendadak atau mengalami
faktor kekurangan bekalan. Bulan Ramadhan pendapatan Ali mungkin lebih sikit kerana
permintaan tinggi dan dia boleh main harga.
Pendapatan Ali tepu setakat RM 1200 sahaja. Ali tidak
berpeluang menambah pendapatannya kerana tidak mahu menukar kepada tanaman lain
walaupun dia tahu tanahnya yang subur itu boleh mendatangkan hasil lebih
lumayan. Ini kerana Ali mementingkan nilai sejarah yang ditinggalkan oleh
ayahnya.
Lalu satu hari datanglah kawan Ali yang bernama Samad dan
mengajak Ali buat usahasama untuk menukar tanaman serai dikebunnya kepada
menanam asparagus. Samad menunjukan kira-kira kepada Ali dengan menanam
asparagus Ali berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan. Ini
kerana harga asparagus lebih mahal dari serai yang berharga dua kupang untuk
tiga batang.
Agak-agak anda yang mana Ali pilih, dia pilih untuk
mempertahankan tanaman serai yang diwarisi oleh bapanya yang hanya mendatangkan
pendapatan RM 1200 sebulan kerana faktor sejarah atau dia pilih untuk berkongsi
tanaman asparagus dengan Samad yang boleh mendatangkan hasil RM 4000 sebulan ?
Jawabnya, bodoh bin banganglah Ali jika dia pilih untuk terus untuk menanam
serai.
(sekadar contoh sahaja untuk mudah difahami, bukannya saya bermaksud Ali itu Malaysia dan Samad itu Singapura. Situasi berbeza antara rundingan Malaysia dan Singapura, cuma saya nak menunjukan gambaran bahawasanya jika tanah itu boleh memberi hasil yang lebih daripada apa yang kita ada sekarang, mengapa kita nak mempertahankan yang beri hasil sedikit)
M Star - klik di siniklik sini
Berita Harian Online - klik di sini
Begitu juga dengan pembangunan projek-projek diatas tanah
milik KTM di Singapura, kita akan mendapat untung yang lebih lumayan berbanding
dengan kita terus mempertahankan tanah keretapi kerana faktor sejarah yang
hanya mendatangkan hasil entah berapa sen sahaja sehari.
Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura
seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta
kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana
kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka
putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar
bencikan PM.
Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya
sambung sikit kisah ini.
Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah
menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah
syarikat Singapura.
Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun
1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak
sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.
Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka
syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.
Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan
daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun
2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800
juta kepada syarikat terbabit.
Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat
berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik
Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di
zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45
tahun lepas.
Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih
'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai
harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam
mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu
tanah di Singapura.
Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M,
dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang
boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka
sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk
kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan
gadaikan jika ianya berharga.
Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan
soalan dibawah ini sebagai penutup.
Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan
Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment