Sebelum penulis membuka bicara, eloklah rasanya penulis
ucapkan tahniah kerana Calon PAS ini seperti diduga berjaya ‘diKeldaikan’ oleh
PKR dan DAPig apabila bertanding di Parlimen P125 Putrajaya.
Bukan mendabik dada, tapi semua sedia maklum Parlimen
Putrajaya ini antara kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mangsa keldai PRU13
kali ini ialah Dato Husam Musa. Ada suara dikalangan PAS sendiri yang kurang
senang apabila calon ‘heavyweight’ mereka diletakkan dikubu kuat BN..ibarat
membunuh karier politik beliau tetapi apakan daya, ini semua strategi Anwar
Ibrahim.
Kenapa tidak diletakkan calon PKR sahaja? PRU12 lalu sudah
jelas calon PAS tewas di tangan Calon BN YB.DS Tengku Adnan Tengku Mansor
ketika itu dan mungkin BN mengekalkan calon yang sama..Tungguuuu..
Melayu jangan lupa! Sudah hampir lebih 10 tahun Putrajaya
ini dibuka. Kalau dulu puak² pembangkang menyifatkan “Putrajaya projek
pembaziran…Putrajaya penyebab kerugian Negara…Putrajaya projek kronisma…”
tetapi sekarang lain pula ceritanya. Putrajaya kini menjadi tumpuan puak²
pembangkang pula? Apa sudah jadi?? Ludah jilat balik??
Kediaman milik Datuk S dijadikan 'pot' Husam Musa
Selain itu selama ini juga, penduduk² Putrajaya ini tidak
pernah pun didatangi, dibantu apatah lagi diberi pertolongan oleh PAS mahupun
PKR.. Semua kesulitan/kesusahan/ segala permasalahan telah diselesaikan sendiri
oleh Ahli Parlimen Putrajaya YB DS.Tengku Adnan dan dibantu oleh agensi²
kerajaan & swasta yang sedia ada. Diulang, ‘TIDAK PERNAH’ wakil PAS/PKR/DAP
yang datang membantu.
Tetapi apabila menjelang Pilihanraya, barulah nampak puak²
ini datang dengan Harakahnya, bendera dan sekarang Husam Musa pula cuba
menyakinkan penduduk Putrajaya bahawa beliau mahu mendengar dahulu permasalahan
penduduk Putrajaya sedangkan masalah itu telah dibawa oleh YB Tengku Adnan ke
peringkat atasan dan beberapa masalah telah pun berjaya diselesaikan.
Sambutan hambar
Sudahlah Husam, rasanya YB kami telah bekerja keras selama
ini dan perkhidmatan serta jasa yang beliau lakukan(berterusan) amatlah
dihargai oleh kebanyakkan penduduk Putrajaya ini. Kalau ada yang tidak berpuas
hati pun hanya segelintir sahaja yang memang lahir untuk menentang kerajaan dan
berhijrah ke Putrajaya. Selebihnya ramai yang menyayangi beliau.
Pergilah ke pelusok Presint mana sekalipun, tanyalah mereka
baik dikalangan orang muda, golongan berumur mahupun mereka yang duduk di
kuarters ini rata-rata mengenali hati budi dan menyayangi YB Ahli Parlimen
Putrajaya sekarang.
Baca seterusnya di sini
No comments :
Post a Comment