Kerusi Parlimen Shah Alam dihebohkan panas apabila
calon baru daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Zulkifli Nordin yang satu
ketika dahulu pernah menjadi ahli Pas dan PKR diletakkan di situ menentang
calon Pas, Khalid Samad.
Pertembungan bekas rakan se-parti itu dianggap Khalid
sebagai satu peluang kepada warga Shah Alam bagi memilih pemimpin mana
dirasakan mampu membela nasib mereka.
“Di Shah Alam, tentangan saya adalah Zulkifli , saya
rasa rakyat Shah Alam sudah kenal siapa beliau, tak perlulah saya nak cerita.
Pandai-pandailah buat pilihan.
“Jika rakyat mahukan seperti itulah yang hendak
menjadi wakil suara rakyat di Parlimen, maka pilihlah dia kerana saya tidak
sanggup buat seperti mana dia lakukan.
“Tetapi jika rakyat mahukan suara yang berusaha hendak
dapatkan keadilan untuk semua dan tidak bertindak seperti golongan yang ekstrem
dan rasis maka rakyat pilihlah PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat
tidak seperti BN,” katanya.
Khalid turut merasakan, beliau mampu menambat hati
pengundi di Shah Alam kerana yakin rakyat telah melihat pandangan dan
perjuangannya di Parlimen.
Sementara itu, Zulkifli pula dilihat tidak mudah
melatah dengan kontroversi mengaitkannya yang didakwa rasis kerana pernah buat
kenyataan menghina kaum India 10 tahun lalu. Sila baca di sini.
Baginya, perkara itu sudah berlalu dan beliau boleh
diterima kaum India berdasarkan sokongan yang semakin kuat.
“Contoh dapat dilihat ketika penamaan calon, saya
dicium dan didukung penyokong India, yang saya sendiri pun tidak sangka dia
akan berbuat demikian.
“Kononnya desas desus menyatakan ada bantahan ketika
pengenalan calon, nama saya untuk menjadi calon BN Parlimen Shah Alam mendapat
tentangan Pemuda India, itu tidak benar kerana yang dukung saya itulah dia
Pemuda India..,” katanya.
Jelasnya, beliau sudah pun memohon maaf dan memberi
penjelasan berhubung sikapnya dahulu yang diakui rasis serta ekstrem ketika
masih menyertai Pas.
“Saya percaya mereka sudah dapat terima saya sebagai
calon yang akan membawa semangat 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri
kita,” katanya.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment