Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

PAS BOLEH PERGI MAMPUS SAMA HUDUD MEREKA, KATA KARPAL SINGH... MASIH TAK FAHAM-FAHAM JUGAK?



Baru beberapa hari lepas, puak-puak PAS bukan main lagi seronok sebab calon-calon DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah serta Sarawak. Sehinggakan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pun memberikan pelbagai cerita-cerita keagungan Islam berhubung 'kejayaan' tersebut.

Dan ungkapan, AKHIRNYA ROKET MENDARAT DI BULAN, menjadi satu drama murahan yang menggamit air mata para penyokong PAS di mana-mana.

Telah dikatakan, DAP tidak akan menggunakan lambang PAS kerana DAP menerima PAS dan Islam sepertimana yang cuba dibayangkan oleh para penyokong dan pemimpin PAS. Walaupun Lim Kit Siang berdrama air mata, walaupun Guan Eng bukan main lagi bermain jiwa, kononnya DAP telah dianiayai dan dizalimi sehinggakan simbol dan logo parti itu tidak boleh digunakan dalam PRU13, bahkan kononnya juga itu semua adalah permainan kotor dan jahat UMNO-BN, walhal yang berusaha memadankan muka Guan Eng adalah ahli-ahli parti itu sendiri, hakikatnya, PAS sekadar telan asap dan kembung perut.

Karpal Singh kembali menegaskan realiti yang perlu dihadapi oleh PAS seumur hidup!

Kalaupun DAP terpaksa menggunakan simbol PAS setelah ditawarkan oleh PAS kepada DAP, parti sosialis demokrat itu tidak akan sama sekali menerima prinsip-prinsip PAS. Apa yang dilakukan oleh DAP sama sahaja seperti yang dilakukan oleh MCA, MIC, GERAKAN, PPP dan komponen lain dalam Barisan Nasional yang akhirnya menzahirkan logo kapal layar dan kemudian DACING.

Menggunakan logo, tidak bermaksud DAP akan tunduk kepada prinsip perjuangan PAS. PAS boleh pergi mampus sama hudud mereka, itu yang cuba dikatakan oleh Karpal Singh.

Tentangan DAP terhadap teras perjuangan PAS, kekal dan tidak berubah. PAS boleh menipu terus orang Melayu-Islam dan memberikan gambaran yang muluk-muluk, DAP tidak kisah dan tidak pernah marah pun. PAS boleh temberang sesuka hati kepada orang Melayu dan umat Islam Malaysia, terutama sekali para penyokong sendiri, DAP tidak akan halang. Tetapi apabila diberitahu bahawa DAP telah dan akan menerima prinsip perjuangan PAS secara awam sepertimana yang dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, DAP akan marah dan cepat-cepat menjawab!

Kalau DAP nak pakai logo PAS demi mendapatkan undi Melayu, itu hanyalah kerana helah politik, bukan kerana perasan PAS yang DAP telah terima Islam dan prinsip perjuangan PAS...

Benda semudah itu pun, masih lagi para penyokong PAS tak nampak dan tak faham?

Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.