Ketika
ini, gambar Muhyiddin Yassin berjalan bersama-sama barisan Ahli-Ahli
Parlimen pembangkang sedang viral dan diperkatakan di Facebook dan
Instagram. Sekaligus menimbulkan lagi spekulasi tentang pengubahan
peranan Muhyiddin daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Ahli
Parlimen yang akan duduk di bangku Pembangkang atau BEBAS menyertai
Khalid Ibrahim.
Desakan agar Muhyiddin dilempar keluar dari UMNO semakin kuat terutama daripada akar umbi UMNO yang tidak dapat menerima hakikat, Timbalan Presiden UMNO sendiri bergabung dengan barisan pembangkang untuk menggulingkan Presiden parti.
Walaupun sudah beberapa kali Muhyiddin menyatakan bahawa Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir, tidak bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya satu desakan agar Najib melepaskan jawatan, hakikatnya proses demokrasi di negara ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dideklarasikan.
Ini adalah kerana Najib dipersetujui oleh keseluruhan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Barisan Nasional sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dan Najib juga mendapat mandat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, sekaligus menjadikan Deklarasi Anti-Najib adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Majlis Tertinggi UMNO sudah pasti akan berkumpul dan bermesyuarat lagi sekali untuk membuat keputusan membabitkan Mahyuddin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal.
Apakah gambar yang sedang viral sekarang merupakan satu persediaan kepada Mahyuddin yang akan berpaling daripada totok UMNO seperti yang diakuinya kepada sesuatu yang menguntungkan DAP-PKR.

{ Baca artikel asal di sini }
1 comment :
nak berjalan dgn pembangkang pun nak buat isu..jgnlah tertutup sgt minda tu..
Post a Comment