Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua
Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas
menerusi internet terutama BlackBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina
tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.
Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan
oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu
"Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam
Anwar, perut pun dah kempis."
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan
para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin
agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan
luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum
diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu
mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam,
terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media
Tempo yang melihat Video itu memberitahu, "Hebat sekali pukulannya Pak,
dia bisa jadi Phonographic Actor."
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas
berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan Zainuddin Maidin (Zam) di
wawancara di TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan
juga pengembang pluralisme agama.
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus
Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang
sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia,
telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar
dan mensifatkan ini sebagai paranoid.
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember,
menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di
Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka
video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu
"dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar,
tetapi perut pun dah dikempiskan."
Video Anwar perut buncit itu dipercayai adalah versi
yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai mengkagumi kepantasan kerja
kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang
ramai dibandingkan media team UMNO.
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa
cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana
dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan
berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri
Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebiliti dan berkesan kerana tidak
nampak tangan yang menyebarkannya.
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang
mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry
adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk
akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari
program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya
beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir.
Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang
dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN
telah tersebar dengan meluas di Jakarta. Pelik, tapi itulah yang sebenarnya?
No comments :
Post a Comment