Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 3, 2013


PAS Lupa Sejarah Penubuhan Sendiri



PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang meluluskan pendaftaran PAS? PAS nama asalnya "Pan Malayan Islamic Party" ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol.
Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan. Kalau ikut logik Mat Sabu, bolehlah dikatakan juga bahawa lawan PAS juga macam lawan British? PAS diasakan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama UMNO. Setelah kalah bertanding Presiden UMNO, Ahmad Fuad mengasaskan PAS.
Namun ianya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu, Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini. Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?

Kisah Ustaz Pas dan Pembangunan


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.