Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 5, 2013


Nik Aziz tak habis cerita sebab apa Nabi berhijrah?

Apakah benar Nik Aziz ada berkata seperti dilaporkan di Utusan Malaysiaberikut?
KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.

Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.

“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?

Sekiranya memang benar Mursyidul Am PAS ada berkata begitu, maka sahihlah bahawa beliau tidak habis bercerita tentang sebab2 terutama Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam berhijrah meninggalkan Makkah dan menyelamatkan diri Baginda ke Madinah?


Nak tempelak Mursyidul Am PAS dengan terus menuduhnya mengaibkan Rasulullah dengan berkata mudah bahawa Nabi meninggalkan Makkah pergi ke Madinah semata mata untuk dapatkan kerusi kuasa kerajaan, nanti ada yang melatah mengadu bahawa Mahaguru58 hentam Nik Aziz?


Bawa bertenang dulu! Baca lanjut tentang kenapa saya berkata Nik Aziz tak habis bercerita atau menerangkan akan sebab2 lain yang mendorong hijrah Nabi?


Seluruh pengkaji sejarah sedunia tahu tentang sebab2 apa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam terpaksa meninggalkan kota suci Makkah?


Tidak semata mata kerana baginda hendakkan kerusi kekuasaan kerajaan seperti diungkapkan kenyataan Nik Aziz oleh Utusan Malaysia!


Cuba kita semak semula tentang sebab2 Nabi meninggalkan Makkah dan menyelamatkan diri ke Madinah bersama Sayyidina Abu Bakar As Siddiq Radhiallahu Anhu.


Bukankah kerana Rasulullah di ancam bunuh oleh kaum Quraisy Makkah yang tidak senang dengan usaha dakwah baginda dikalangan penduduk Makkah yang semakin lama semakin ramai yang memeluk Ad Deenul Islam dan meninggalkan kefahaman karut kaum kafir Quraisy yang menyembah pelbagai macam berhala?


Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam tidak berhijrah dari Makkah ke Madinah demi hendak berebut kerusi kekuasaan politik semata-mata!


Bukankah Baginda telahpun ditawarkan pihak kafir Quraisy Makkah untuk menjadi raja dan penguasa di kota Makkah jika baginda sanggup memberhentikan usaha baginda menyeru penduduk Makkah meninggalkan kefahaman turun temurun mereka menyembah berhala Al-Lata dan Al-Uzza serta pelbagai macam lagi berhala2 dan disuruh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam untuk mentauhidkan hanya Allah Tuhan semesta alam semata-mata?


Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam berhijrah ke Madinah diatas pelbagai sebab. Bukan demi hendak kuasa kerajaan semata mata seperti dilapurkan kenyataan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS didalam berita Utusan Malaysia diatas!


Barangsiapa sahaja yang mahu mengaitkan hijrah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dengan menuduh Baginda hendakkan kerusi kerajaan semata mata adalah berdosa memfitnah Nabi!


Seharusnya diceritakan juga asbab asbab yang lain yang mengharuskan Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam pergi menyelamatkan diri Nabi, keluarga Nabi serta sahabat2 Nabi yang lain demi untuk menyambung usaha Dakwah Baginda untuk menyebarkan kebenaran tentang Islam kepada seluruh penduduk Semenanjung Arab dan dunia amnya!


Andaikata Nabi tidak berhijrah menyelamatkan diri Baginda sudah tentu baginda telah mati dibunuh pihak kafir Quraisy yang telah mengupah beberapa pemuda dari pelbagai kabilah di Makkah untuk membunuh Baginda dengan lembing dan pelbagai senjata tajam lagi di tempat tidur baginda!


Apakah pihak yang dilaporkan telah berkata begini lupa akan sejarah?


Bukankah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah digantikan ditempat tidur Baginda oleh Sayyidina Ali ibni Abi Talib Radhiallahu Anhu pada ketika baginda pergi menyelamatkan diri baginda bersama Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu Anhu?


Saya tidak mengatakan bahawa Nik Aziz salah sama sekali tetapi cara dilapurkan itu tidak menerangkan akan sebab2 lain kenapa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam terpaksa berhijrah meninggalkan kota suci Makkah yang pada ketika itu berada didalam kekuasaan kafir harbi Quraisy menyelamatkan diri baginda untuk menyambung usaha dakwah dari Madinah pula!


Penduduk Madinah telah berbai'ah dengan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam untuk membantu baginda menegakkan Daulah Islam disana dan memberi perlindungan kepada mereka yang mengikuti Rasulullah!


Jika cuma berkata bahawa hijrahnya Nabi demi hendakkan kerusi kekuasaan maka tak lengkap penjelasan tersebut dan boleh menimbulkan fitnah terhadap diri Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sebagai seorang yang gilakan kuasa! Na'uzubillahiminzalik!


Sepatutnya diterangkan secara sempurna akan sebab sebab lain yang mengharuskan Nabi berhijrah meninggalkan Makkah dan bermastautin di Madinah pula! Semuanya demi strategi menyelamatkan diri Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri dari menjadi mangsa pembunuh upahan kafir Quraisy!



Nabi berhijrah demi melaksanakan perintah Allah! Ketua2 kafir Quraisy Makkah yang terdiri dari bapa2 saudara Nabi sendiri seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan yang berkomplot untuk menghapuskan Baginda.


Mereka merancang pembunuhan Nabi Muhammad untuk menghentikan usaha dakwah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang semakin hari semakin mendapat sambutan penduduk Makkah dan kawasan persekitaran.



Apa tidak membaca tentang Suraqah bin Malik bin Jusham? Pemuda Arab itu adalah penjejak terbilang dikalangan penduduk kota Makkah dan beliau menyahut tawaran pihak berkuasa kafir Quraisy yang menjanjikan hadiah 100 ekor unta yang bunting kepada sesiapa sahaja yang berjaya menjejaki dan memburu Nabi Muhammad yang telah pergi meninggalkan Makkah!


Itu kontrak pembunuhan ke atas diri Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam oleh pihak kafir Quraisy! Bukan macam sekarang ini kat Malaysia! Masih belum sampai ke tahap pembunuhan kontrak ke atas ahli ahli politik semasa Malaysia!


Nik Aziz serta sesiapa sahaja ahli politik pembangkang masih bebas kesana kemari berkempen untuk berebut kerusi kuasa politik tanpa ancaman dibunuh sepertimana dihadapi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dahulu!


Belum sampai lagi tahap ancaman begitu? Tak tahulah pula bagaimana suasana dan senario politik negara di waktu2 akan datang? Di Amerika Syarikat dan negara2 lain yang kononnya memperjuangkan kebebasan begitu begini sudah sering kita baca laporan berita akan pembunuhan politik sejak zaman Presiden Abraham Lincoln lagi!


Jika Nabi hendakkan kerusi kuasa kerajaan seperti dipetik kata kata Nik Aziz didalam laporan Utusan berkenaan, dah lama Nabi terima tawaran Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan bukan?


Nabi tak nak berkompromi dengan puak kaffir Quraysh didalam memerintah Makkah sepertimana PAS boleh berpakat dengan kaffir2 harbi didalam DAP dan para raplah jingga didalam PKR!


Nabi terpaksa berhijrah ke Madinah demi untuk menyelamatkan diri baginda dari di ancam musuh. Nabi terpaksa mengambil langkah langkah memperkasakan kedudukan agama Islam dengan menubuhkan pangkalan usaha dakwah di Madinah dengan membuat perjanjian bersama para penduduk Yathrib (Madinah) untuk menyelesaikan sengketa permusuhan diantara kabilah2 Arab disana yang bersetuju berketuakan Nabi dan membantu baginda mengimarahkan Islam dikota mereka!


Perkara2 begini yang seharusnya diceritakan juga oleh Nik Aziz! Bukan hanya berkata bahawa Nabi berhijrah kerana hendakkan kerusi! Tak elok berkata cuma begitu! Nak cerita bab hijrah Nabi kena fokus pada matlamat2 lain sama . Bukan hanya kata tentang kerusi @ kuasa kerajaan dan kemudian tak cerita perkara2 lain.


Jika sijahil atau buta sejarah yang membaca ungkapan kata kata yang dilapurkan Utusan bahawa Nik Aziz telah berkata begitu terhadap Nabi maka ada kemungkinan bahawa mereka yang tak faham akan asbab2 lain ini akan bertanggapan bahawa Nabi kita ni gila kuasa! Na'uzubillah!!!


Bayangkan senario kehidupan kita semua seandainya Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tak berhijrah dari Makkah ke Madinah menyelamatkan nyawa baginda dari ancaman bunuh puak Quraisy?


Apakah Islam akan berkembang ke seantero pelusuk dunia seperti hari ini? Akan Muslim kah kita semua ini? Sejarah membuktikan bahawa telah sebegitu ramai sekali para nabi yang dibunuh oleh musuh2 mereka dahulu!


Dengan selamatnya Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam berhijrah ke Madinah bersama sahabat2 baginda, menyusun strategi dan membina Daulah Islamiyyah di Madinah dan membina angkatan tentera Mukmin sehingga mampu menawan semula kota suci Makkah al Mukarramah tanpa menumpahkan darah, maka hari ini Islam telah sampai ke setiap benua dan pelusuk bumi ini!


Jika nak ikut kata kata yang dilapurkan telah disebut Nik Aziz semata mata tanpa mengambil kira akan semua perkara2 lain yang berkaitan, maka dunia akan terpedaya dan terkeliru menyalah anggap bahawa Nabi kita ini gila kuasa politik seperti dilapurkan ~ hendakkan kerusi!


Saya berharap bahawa setiap yang berkenaan dan bertanggungjawab akan lapuran sebegini baik si pengucap @ Nik Aziz mahupun wartawan yang melapurkannya serta ketua pengarang Utusan Malaysia yang meluluskan untuk diterbitkan lapuran sebegini berhati hati agar tidak terjebak dengan kerja mengaibkan atau memfitnah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!


Sanggup ke menanggung dosa fitnah sedemikian terhadap Rahmatulil Alamin?


Gerun rasanya memikirkan natijah terhadap semua yang terlibat di Yaum al Mahsyar nanti?


Jika memang benar Nik Aziz cuma bercerita tentang hijrah Nabi ke Madinah dari Makkah hanya sebab hendakkan kerusi @ kuasa kerajaan, maka elok sangatlah pihak berkuasa agama didalam negeri Kelantan Darul Naim yakni Tuanku Al Sultan Kelantan sendiri menegur beliau supaya lebih berwaspada didalam melepas kata!


Terutama sekali bila berkata tentang Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam. Jangan berkata sebarangan bila menyentuh peribadi Junjungan Besar kita semua. Buruk padahnya bagi pemfitnah Rasulullah Khatamun Nabiyyi!


Saya berharap sangat bahawa Utusan Malaysia telah tersalah lapor akan berita ini! Bab Nik Aziz nak kata apa apa terhadap Mufti Perak, itu perkara lain sesama manusia. Sempat lagi untuk bermaaf maafan sesama mereka di dunia ini selagi salah seorang belum meninggal dunia lagi?


Bila cakap tentang Nabi Muhammad, Pesuruh Allah yang teragung, maka berhati hati sebelum berkata sembarangan kerana terlajak perahu boleh di undur ; terlajak fitnah Nabi maka tanggunglah sendiri di Akhirat nanti?


Sekadar memperingatkan sesama kita.

>sumber: MAHAGURU58

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.