Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 2, 2013

Hadi dicabar berdebat dengan penulis buku 'Kafirkah Aku'



Nama sebenarnya ialah Zainon bin Ismail. Berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan PAS. Pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988.

Zainon banyak mendedahkan liku-liku perjuangannya dalam PAS sehingga dipecat dari parti Pas sendiri apabila beliau membongkar penyelewengan tabung mangsa Memali dalam bukunya, ‘Air Mata di Bumi Memali’ (2010).

Merupakan ahli PAS seumur hidup dan pernah menjadi exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Sangat taksub dengan Amanat Haji Hadi sehingga sanggup kafirkan saudara kandungnya sendiri, tidak makan daging dari sembelihan orang Umno.

Bukunya bertajuk “Air Mata di Bumi Memali” keluaran November 2010, menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualannya kepada ahli PAS.

Beliau terpaksa membuat laporan polis kerana diugut oleh samseng Pas kerana mendedahkan isu penyelewengan tabung mangsa Memali, iaitu tabung yang ditubuhkan PAS untuk membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Demi umat Islam, demi perpaduan umat Islam, demi rakyat yang sudah bercerai berai, tidak hadir kenduri jiran sebelah rumah  akibat daripada Amanat jijik Haji Hadi, mahukah Haji Hadi berdebat Saudara Zainon bekas pemimpin Pas Kedah.

Kini beliau mencabar Haji Hadi, jika rasa diri dah cukup ilmu Agama sila debat dengan saudara Zainon atau jika Haji Hadi tiada telor entahler?




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.