Bekas
ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz pernah
membangkitkan betapa korupnya Anwar Ibrahim mencatatkan keuntungan
atas angin RM500 juta hasil dari perampokan komisen Segari Power
Plant.
Anwar
Ibrahim yang bertanggungjawab membeli Segari Power Plant melalui
proksi dengan harga RM180 juta. Astaman dan seorang lagi pengarah
hanya menerima RM80 juta manakala Anwar Ibrahim kenyang melahap RM100
juta melalui lesen IPP ini.
Anwar
Ibrahim telah menerima RM400 juta komisen dari projek IPP ini sewaktu
pembinaan Segari Power Plant mula dibangunkan.
Bijaknya
Anwar Ibrahim adalah kerana karektor beliau yang berjaya melakonkan
watak menyerang IPP sebagai projek membebankan rakyat, walhal
beliaulah yang 'merembat' setiap ringgit dan sen hasil dari IPP.
Anwar
sebagai Menteri Kewangan telah mengawal 'cost and agreement' diantara
TNB dan IPP ini.
Kegilaan
Anwar Ibrahim atas komisen beratus juta ringgit satu IPP telah
meletakkan beliau dinamakan sebagai Bapa IPP Malaysia.
Rasanya
Lim Kit Siang cukup arif dengan gelaran yang diberikan kepada Anwar
Ibrahim ini ...
Silap
Tun Dr Mahathir kerana terlalu memberikan kepercayaan sepenuhnya
kepada Anwar Ibrahim mengendalikan urusan TNB dan IPP ini.
Sebagai
anak emas Tun Dr Mahathir pada ketika itu, Anwar Ibrahim telah diberi
kepercayaan untuk membincangkan urusan ini dengan EPU dan TNB.
Selain
dari Segari Power Plant, Malakoff juga adalah salah sebuah pembekal
IPP kepunyaan kroni Anwar Ibrahim.
Barangkali
EPU mungkin boleh membongkarkan kembali minit-minit mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Anwar berhubung dengan pemberian kontrak IPP.
Dalam
minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai
EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat
sebelah itu.
Antara
ayat yang digunakan ”you diam , ini urusan kerajaan” ...
begitulah lebih kurang bunyinya.
Barangkali
juga Astaman perlu memberanikan diri tampil dan menjelaskan bagaimana
urusniaga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu mengendalikan
projek IPP Segari Power Plant ...
Alang-alang
aksi melondehkan, biar rakyat nampak didedahkan dengan kebobrokan
Anwar Ibrahim merompak wang rakyat sewaktu berada didalam UMNO.
Bila
agaknya Anwar Ibrahim mahu mendedahkan 6 kotak yang dikatakan rasuah
dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO?
Jangan-jangan
6 kotak rasuah yang dilakukan beliau sewaktu memegang jawatan Menteri
Kewangan ...
No comments :
Post a Comment