Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 11, 2013


Mana Satu Puak PAS Nak Sokong: Ulama POLITIK Atau Ulama Islam?

image
Keputusan Hadi itu disokong kuat pula oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat, yang sebenarnya tidak pun memiliki ilmu dan kefahaman Islam yang tinggi. Sungguh memalukan!
Begitupun, pujian harus diberikan kepada seluruh Dewan Ulama PAS yang diketuai oleh Ustaz Harun Taib yang bertegas bahawa hak penggunaan kalimah "Allah" hanyalah eksklusif digunakan oleh umat Islam sahaja dan tidak boleh digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sebagaimana maklum, Dewan Ulama PAS juga dianggotaai oleh golongan ulama yang memiliki latar belakang pengajian agama yang bukan calang-calang orangnya. Cuma mereka fokus kepada Islam dan bukan kepada politik!
Kenyataan Ustaz Harun Taib itu disokong kuat pula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, seorang ulama muktabar yang disegani oleh kawan dan lawan kerana ketinggian ilmu serta fahaman Islamnya yang jauh lebih hebat berbanding Mursyidul Amnya.
Mungkin sudah tidak tahan lagi dengan "kesesatan" Nik Aziz yang lebih berkiblatkan politik berbanding Islam, tokoh ulama itu menegaskan bahawa penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu sangat merugikan umat Islam di Semenanjung, sama ada bagi jangka pendek mahupun jangka panjang!
Mana satu yang wajar diikut oleh para penyokong PAS? Nak ikut ULAMA POLITIK atau ULAMA ISLAM di dalam PAS?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.