Cerita
Sebenar Punca PAS Keluar Dari BN
Antara
punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri.
Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula
apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu,
Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang
tidak diceritakan oleh PAS:
1.Ada
diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir
terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak
pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan
ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti
dewan undangan negeri.
2.
Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden
PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha
menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg
bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3.
Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk
menolak Datuk Mohd Asri dan Dato’ Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU
1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan
tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4.
Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato’ Muhammad
Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya
melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah
hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati
dgn perpaduan PAS-UMNO.
5.
Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati
terhadap Menteri Besar, Dato’Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB
Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6.
Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS
Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan
jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa
pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama’
Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan
jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
7.
Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya
kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu
menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan
tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa
perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8.
Tumbangnya Dato’ Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah
menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.
Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan
keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9.
Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9
Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab
di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan
diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan
seperti peristiwa 13mei berulang.
10.
Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat
Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11.
Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih
lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen
setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12.
Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari
beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan
Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan
PAS-BN.
13.
Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua
Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd
Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang
undang-undang Darurat.
14.
Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu
terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan
gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg
dilakukan BN di Kelantan.
15.
Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan
disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg
mengabungkan PAS-UMNO.
16.Rentetan
dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa
parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17.
Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan
diadakan pada Mac 1978.
18.
Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan
oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila
isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS
cuba menggadaikan Negeri Kelantan
>sumber
: melakakini. JPX
No comments :
Post a Comment