Kalau
anda semua masih ingat pada tahun 2001 telah keluar laporan di Far
Eastern Economic Review (FEER)
mengenai Malaysiakini yang ditaja oleh George Soros melalui Persatuan
Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) yang dibiayai oleh Open Society
Institute(OSI) milik George Soros. Perkara ini telah menyebabkan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini pada ketika itu Premesh
Chandran menafikan
laporan FEER itu
dan menganggapnya sebagai tidak benar.
Tapi
penafian itu tidak bermakna apabila Bekas Editor Berita Malaysiakini,
Chon Yen Long, kemudiannya mendakwa bahawa Malaysiakini menerima wang
sejumlah RM188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang
mana OSI milik Soros menjadi penaja
utamanya. klik sini
Dan
perkara yang membuktikan Premesh Chandran adalah seorang penipu yang
mengatakan Malaysiakini langsung tidak berkaitan dengan SEAPA dan
MLDF serta Soros ialah laporan laporan Janet Steele, The
International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk
“Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges
Authoritarianism”, (klik di sini)
dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open
Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance
(SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
“Malaysiakini’s
initial funding came from the Southeast Asia Press Allian(SEAPA). Later
they completed a private equity transaction with the Media Development
Loan Fund (MDLF) and set up a company with 5 million shares (Tong 2004: 306)”
“In
February 2001, the Far Eastern Economic Review quoted billionaire
George Soros as saying that his Open Society Institute funded several
media outlets in Asia, including Malaysiakini. Although FEER later
published a clarification stating that OSI funded the Southeast Asia
Press Alliance (SEAPA) and not Malaysiakini, this made little
difference to Malaysian authorities and local media, which continued to
use the purported connection with Soros to discredit the news
organization (Tong 2004)
Manakala
Wikipedia Bahasa Indonesia turut melaporkan Malaysiakini menerima
dana 100,000 US Dollar Amerika di awal penubuhannya dan begitu
juga pihak Malaysiakini sendiri mengakui perkara ini tahun lepas
dan membuktikan Premesh Chandran menipu mengenai perkara ini pada
tahun 2001. Klik sini dan sini.
Perkara
di atas menyebabkan hal penafian mengenai Malaysiakini adalah
tidak
berkaitan langsung dengan Soros adalah satu pembohongan dan
mungkindilakukan untuk melindungi penaja mereka itu serta ingin
menggambarkan kononnya mereka benar-benar bebas tetapi ternyata
laporan mereka adalah pro kepada Anwar Ibrahim agen Amerika di negara
ini.
Malaysiakini,
SEAPA ditaja NED organ CIA
Apa
yang pasti Malaysiakini bukan sahaja ditaja Soros sahaja tetapi
turut berkaitan dengan NED,organisasi yang ditubuhkan Amerika
untuk menggantikan
CIA bagi menjalankan operasi rahsia mereka di seluruh dunia.
Mengikut
laporan tahunan NED 2009, melaporkan mereka telah memberikan Mkini
Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan operasi Malaysiakini
dana sebanyak 100,000
US Dollar untuk membantu Malaysiakini menyaingi arus media
perdana. Perkara yang membuktikan Malaysiakini mengikut telunjuk
pihak barat dalampenyampaian media mereka.
Turut
menarik apabila Persatuan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) yang
pernah
membantu penubuhan Malaysiakini turut menerima dana
daripada NED sejak
tahun 2005 lagi hingga tahun lepas. Perkara ini
ada dinyatakan di laman
Apa
yang menariknya, SEAPA menerima dana itu hanya untuk membawa agenda
mereka di Malaysia
sahajawalaupun mereka berpangkalan di Filipina.
Dana
yang mereka terima itu bermula daripada tahun 2005 hingga tahun 2008.
Pada tahun 2009, mereka tidak menerima dana itu tetapi Mkini Dotcom
Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan operasi Malaysiakini menerima dana
itu pula.
Apa
yang boleh dibaca di sini ialah adakah berkemungkinan
sebenarnyaMalaysiakini membawa agenda SEAPA di Malaysia yang
kononnya membawaagenda kebebasan media tetapi mereka pula ditaja
oleh Amerika. Di mana bebasnya mereka?
Apa
yang jelas hal pembiayaan ini yang membuktikan cakap-cakap orang di
luar sana yang SEAPA dikawal oleh CIA dan Amerika adalah benar kerana
secara konsisten menerima dana besar daripada Amerika. Perkara ini
juga tidak
menghairankan kerana SEAPA turut ada
menerima anugerah-anugerah
daripada NED yang ramai diketahui umum sebagai simbolik
mereka dicaturkan NED dan Amerika seperti Anwar yang turut menerima
pelbagai anugerah daripada negara Uncle Sam itu.
Antara
agensi yang bertopengkan kebebasan yang turut menerima dana daripada
NED ialah SUARAM yang
turut menerima dana daripada secara
konsisten daripada mereka sejak tahun 2005 hingga tahun lepas.
Untuk rekod,
aktivis SUARAM kebanyakkannya terdiri daripada
pemimpin-pemimpin
pembangkang.
Selain
itu agensi NED seperti IRI dan NDI yang mana Anwar
Ibrahim menjadi panel pemikirnya turut menerima dana besar
daripada NED walaupun selepas pentadbiran diambil-alih Obama
membuktikan agenda mereka di Malaysia berterusan.
Untuk
rekod IRI, dikatakan pernah membantu
Anwar dalam pilihanraya umum lalu dan kini sedang membantu PKR
untuk menang di Sarawak dan hal Sarawak ini ada dinyatakan oleh NED
sendiri di laman web mereka di sini.
Laman web itu menyebut :
International Republican Institute $200,000
To support democratic development in Malaysia by improving political
communications and expanding domestic election monitoring. In
conjunction with local partners, IRI will commission polls to gauge
public opinion on a variety of issues and support consultations with
all major political parties to improve message development, internal
democracy, and organizational development. IRI will also work with a
non-partisan domestic election-monitoring organization to conduct a
long-term election observation in the state of Sarawak.
Berselindung
di sebalik kononnya mengajar rakyat Malaysia untuk demokrasi tetapi
mereka pula sebenarnya mengajar PKR untuk menang di Sarawak. Perkara
ini pernah Kumbang ulas sebelum ini di sini.
Malaysiakini perlu nafikan tajaan terbaru ini, jika tidak jangan
harap rakyat percaya laporan mereka adalah bebas!
No comments :
Post a Comment