Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 8, 2013

Kaitan Malaysiakini, SEAPA, Soros & CIA


Kalau anda semua masih ingat pada tahun 2001 telah keluar laporan di Far Eastern Economic Review (FEER) mengenai Malaysiakini yang ditaja oleh George Soros melalui Persatuan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) yang dibiayai oleh Open Society Institute(OSI) milik George Soros. Perkara ini telah menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini pada ketika itu Premesh Chandran menafikan laporan FEER itu dan menganggapnya sebagai tidak benar.


Dan perkara yang membuktikan Premesh Chandran adalah seorang penipu yang mengatakan Malaysiakini langsung tidak berkaitan dengan SEAPA dan MLDF serta Soros ialah laporan laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk “Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism”, (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
Malaysiakini’s
initial funding came from the Southeast Asia Press Allian(SEAPA). Later
they completed a private equity transaction with the Media Development
Loan Fund (MDLF) and set up a company with 5 million shares (Tong 2004: 306)”
In
February 2001, the Far Eastern Economic Review quoted billionaire
George Soros as saying that his Open Society Institute funded several
media outlets in Asia, including Malaysiakini. Although FEER later
published a clarification stating that OSI funded the Southeast Asia
Press Alliance (SEAPA) and not Malaysiakini, this made little
difference to Malaysian authorities and local media, which continued to
use the purported connection with Soros to discredit the news
organization (Tong 2004)
Manakala Wikipedia Bahasa Indonesia turut melaporkan Malaysiakini menerima dana 100,000 US Dollar Amerika di awal penubuhannya dan begitu juga pihak Malaysiakini sendiri mengakui perkara ini tahun lepas dan membuktikan Premesh Chandran menipu mengenai perkara ini pada tahun 2001. Klik sini dan sini.


Perkara di atas menyebabkan hal penafian mengenai Malaysiakini adalah tidak
berkaitan langsung dengan Soros adalah satu pembohongan dan mungkindilakukan untuk melindungi penaja mereka itu serta ingin menggambarkan kononnya mereka benar-benar bebas tetapi ternyata laporan mereka adalah pro kepada Anwar Ibrahim agen Amerika di negara ini.


Malaysiakini, SEAPA ditaja NED organ CIA

Apa yang pasti Malaysiakini bukan sahaja ditaja Soros sahaja tetapi turut berkaitan dengan NED,organisasi yang ditubuhkan Amerika untuk menggantikan CIA bagi menjalankan operasi rahsia mereka di seluruh dunia.


Mengikut laporan tahunan NED 2009, melaporkan mereka telah memberikan Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan operasi Malaysiakini dana sebanyak 100,000 US Dollar untuk membantu Malaysiakini menyaingi arus media perdana. Perkara yang membuktikan Malaysiakini mengikut telunjuk pihak barat dalampenyampaian media mereka.

Turut menarik apabila Persatuan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) yang pernah
membantu penubuhan Malaysiakini turut menerima dana daripada NED sejak
tahun 2005 lagi hingga tahun lepas. Perkara ini ada dinyatakan di laman
web NED sendiri. Klik sinisini, sinisinisini, sinisini dan sini.


Apa yang menariknya, SEAPA menerima dana itu hanya untuk membawa agenda mereka di Malaysia sahajawalaupun mereka berpangkalan di Filipina.

Dana yang mereka terima itu bermula daripada tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2009, mereka tidak menerima dana itu tetapi Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan operasi Malaysiakini menerima dana itu pula.

Apa yang boleh dibaca di sini ialah adakah berkemungkinan sebenarnyaMalaysiakini membawa agenda SEAPA di Malaysia yang kononnya membawaagenda kebebasan media tetapi mereka pula ditaja oleh Amerika. Di mana bebasnya mereka?


Apa yang jelas hal pembiayaan ini yang membuktikan cakap-cakap orang di luar sana yang SEAPA dikawal oleh CIA dan Amerika adalah benar kerana secara konsisten menerima dana besar daripada Amerika. Perkara ini juga tidak
menghairankan kerana SEAPA turut ada menerima anugerah-anugerah daripada NED yang ramai diketahui umum sebagai simbolik mereka dicaturkan NED dan Amerika seperti Anwar yang turut menerima pelbagai anugerah daripada negara Uncle Sam itu.


Antara agensi yang bertopengkan kebebasan yang turut menerima dana daripada NED ialah SUARAM yang turut menerima dana daripada secara konsisten daripada mereka sejak tahun 2005 hingga tahun lepas. Untuk rekod,
aktivis SUARAM kebanyakkannya terdiri daripada pemimpin-pemimpin
pembangkang.


Selain itu agensi NED seperti IRI dan NDI yang mana Anwar Ibrahim menjadi panel pemikirnya turut menerima dana besar daripada NED walaupun selepas pentadbiran diambil-alih Obama membuktikan agenda mereka di Malaysia berterusan.


Untuk rekod IRI, dikatakan pernah membantu Anwar dalam pilihanraya umum lalu dan kini sedang membantu PKR untuk menang di Sarawak dan hal Sarawak ini ada dinyatakan oleh NED sendiri di laman web mereka di sini. Laman web itu menyebut :
International Republican Institute $200,000
To support democratic development in Malaysia by improving political
communications and expanding domestic election monitoring. In
conjunction with local partners, IRI will commission polls to gauge
public opinion on a variety of issues and support consultations with
all major political parties to improve message development, internal
democracy, and organizational development. IRI will also work with a
non-partisan domestic election-monitoring organization to conduct a
long-term election observation in the state of Sarawak.
Berselindung di sebalik kononnya mengajar rakyat Malaysia untuk demokrasi tetapi mereka pula sebenarnya mengajar PKR untuk menang di Sarawak. Perkara ini pernah Kumbang ulas sebelum ini di sini. Malaysiakini perlu nafikan tajaan terbaru ini, jika tidak jangan harap rakyat percaya laporan mereka adalah bebas!



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.